Tuesday, 24 January 2017

#SeleraBajet: Sup Meletop, Puchong.

...

Resepi Sup Ekor/Kambing /Tulang Lembu Merah

Bahan-bahan:


125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2- ganti dgn daging & tulang kambing
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jintan putih 
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - guna 1 tin kecil
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah ikut keperluan
1 btg karot 
2 btg saderi 
1 biji kentang 
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar 
bawang goreng

Rempah Tumis:

4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & toskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.


Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak. 

RESEPI SUP REMPAH MAMAK PENANG:
BAHAN-BAHAN:
  • 500gm Daging kambing.
  • 1kg tulang kambing dijadikan “broth” atau air rebusan untuk sup.
  • 4 biji bawang labu sederhana besar. Perlu dikisar halus.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
  • 2 keping kayu kayu manis (2″).
  • 5 biji buah pelaga.
  • 3 kuntum bunga lawang (star annise).
  • 1/2 sudu (tsp) kecil garam masala (kalau ada dalam simpanan kalau tiada tak apa).*
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada sula.*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
  • 3 pokok daun ketumbar, kalau baunya tak suka gunakan daun sup saja.
  • 2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
  • Bawang goreng untuk hiasan juga.
  • Garam secukup rasa.
Nota:  Tanda (* ) bermakana rempah-rempah ini perlu disediakan  dengan goreng kering dan dikisar halus  supaya ia lebih harum dari rempah yang belum digoreng kering. Sekiranya anda tidak mempunyai rempah tersedia, gunakan saja rempah kurma  150gm. Kalau tidak ada rempah kurmak gunakan rempah sup adabi, mamak haji rasa rempah sup adabi tersedia bahan-bahan rempah-rempah yang mamak haji sebutkan tetapi baca dulu air yang perlu digunakan. Semoleknya sediakan rempah sup anda sendiri sekiranya ingin rasa sup mamak yang klasik yang segar.
CARA PENYEDIAAN:
1. Seperti mamak haji terangkan kelazatan sup ini banyak bergantung kepada penyediaan “broth”. Basuh tulang-tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang. Masukkan satu batang celeri telah dihiris dan hirisan 1 biji carrot kedalam air rebusan tulang. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan  api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini
1. Panaskan bekas buat sup, dan masukkan air rebusan tulang tadi dengan menapis airnya, masukkan Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. masukan halia bawang putih.  Masukkan rempah serbuk seperti serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.
2. Masukkan air bawang yang telah kisar. Masukkan daging kambing yang telah bersihkan dan saiz yang anda kehendaki.
3. Biarkan sup mendidih, selepas mendidih perlahankan api dapur dan direneh sehingga daging kambing masak. Masukkan garam dan rasa apa yang tak cukup atau terlebih, ia sungguh mudah untuk kita mengubah mengikut selera kita sendiri.
Nota: kalau diperhatikan mamak haji tidak tumis perencah-perencah sup ini. walau pun ramai yang menumis dahulu sebelum masukkan dalam sup. Seperti mamak haji katakan variasi membuat sup ini berlainan. Bila kita tumis kemungkinan bau haruman akan semerbak didapur dan tetapi bukan dalam sup.
4. Sup kambing perlu dijamu semasa supnya masih berada dalam keadaan panas. Taburkan daun sup dan bawang goreng keatas sup yang dihidangkan. Ia amat lazat sekiranya di makan bersama Roti Benggali. Sup kambing rempah mamak ini sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk kerana ia akan memanaskan tubuh badan kita serta merta. Ia juga amat sesuai untuk suri rumah yang dalam pantang selepas bersalin. Semoga dapat cuba resepi ini dan perelokan lagi mengikut cita rasa anda sendiri. 


Resepi Sup Kambing Thai 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Daging Kambing (Lembu bagi yang tidak meminati kambing)
2. Bawang Putih dan Halia (Diketuk)
3. Bawang merah (dikisar/ditumbuk)
4. Sup Bunjut (Saya suka sup tulang Adabi)
5. Rempah Sup Adabi
6. Kiub Daging Knorr dan Kiub Sup Tulang Knorr
7. Daun Bawang
8. Bawang Goreng (Lebih enak digoreng sendiri)
9. Garam dan Gula secukup perasaan (rasa)
10. Buah Lemon
11. Batang Serai (Dihiris)

Cara-cara penyediaannya sangat mudah:

1. Rebus Daging Kambing bersama-sama Bawang Putih dan Halia yang diketuk sehingga air mendidih. Kemudian masukkan Sup Bunjut.

2. Kisar bawang merah (saya lebih suka jika ia ditumbuk dengan menggunakan lesung batu) dan digaulkan bersama-sama rempah Sup Adabi. Kemudian tumiskan ia sehingga pecah minyaknya. Tuangkan hasil tumisan ke dalam Rebusan daging kambing tadi.

3. Biarkan Sup selama setengah jam dan masukkan Kiub daging Knorr dan Kiub Sup tulang Knorr serta kacau. Boleh juga jika mahu masukkan sedikit Kiub ayam untuk perisa tambahan.

4. Cili kering digunting halus dan dimasukkan bersama-sama batang serai yang dihiris. Jika anda yang gemarkan masakan pedas, anda boleh menggunakan lebih banyak cili kering.

5. Perahkan sedikit lemon ke dalam sup (mengikut citarasa sendiri). Mungkin ada yang tidak gemarkan sup yang masam, jadi perahkan sedikit sahaja untuk memberikan rasa seperti sup Thailand.

6. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa. (maksud saya dengan perasaan yang ikhlas, jangan campak-campak) sambil tersenyum.

7. Akhir sekali, apabila daging kambing sudahpun lembut dan empuk, masukkan bawang goreng dan daun bawang ke dalam sup setengah jam sebelum ia dihidang untuk memberikan rasa yang sebati.

8. Sup Kambing Thailand enak dihidang bersama sambal belacan dan Nasi Putih bersama Sayur Kailan masak Ikan Masin.


EmoticonEmoticon

Blog Archive