Monday, 9 January 2017

Kenyang Teruk Makan Di Medini's Korean BBQ ��

...

Baru-baru ini kami singgah di Medini's BBQ Restaurant untuk mencuba sendiri Korean Style Barbecue mereka. Memang puas hati makan di sini lebih-lebih lagi dalam suasana yang begitu selesa dan aman. 

Kami sarankan anda peminat makanan Korea untuk cuba set buffet mereka kerana apa yang anda akan dapat sangat berbaloi. Makanan laut yang segar ditambah pula dengan 6 jenis sos yang padu, fuhh tak mungkin anda akan cari tempat makan Korean BBQ yang lain.

Halal. Ya, memang Korean BBQ di sini halal dan jangan risau. Siapa nak makan buffet sampai kenyang boleh datang pukul 6 dan ke atas. Tapi siapa nak pekena dulu masa lunch, Medini's juga sediakan set lunch.

 Resepi Masakan Korea Jajangmyun

BAHAN-BAHAN:
600g mie basah
100 g daging lembu
2 buah bawang bombai
1/2 buah Zukini
2 buah kentang
1 sudu besar gula pasir
4 sudu besar air sagu
2 gelas air
7 sudu besar minyak
6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang
CARA MEMBUAT SOS JAJANGMYUN:
Sos jjajangmyun dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut 
chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan 
daging merah atau makanan laut. Ketika memasak sos biasanya 
ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung 
jagung) agar sos jadi kental. Pes kacang soya (chunjang) dibuat 
dari kacang soya yang dipanggang (dibakar). Oleh kerana itu, jajang 
mengandung arti sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak 
dengan cara direbus.


CARA MEMBUAT JAJANGMYUN:
Potong daging
Potong dadu bawang bombai, kentang, dan Zukini
Goreng sos Jajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak
Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombai
Kemudian masukkan daging lembu, Zukini, dan kentang
Setelah bahan-bahan itu matang masukkan sos yang sudah digoreng
Aduk-aduk supaya sama rata lalu tuangkan air sagu
Setelah dididihkan selama 5 minit lagi matikan api.
Rebuslah mie lalu bilas dengan air.
Taruh mie dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.
Sajikan jajangmyun bersama dengan lobak masin kuning.


EmoticonEmoticon

Blog Archive