Thursday, 19 January 2017

#SeleraBajet: Nasi Lemak Goreng, Petaling Jaya.

,,,

Resipi Nasi Lemak


Bahan untuk nasi:
2 cawan beras
1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam
Bahan untuk sambal:
6 sudu besar cili kering mesin
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka)
garam dan gula
Bahan sampingan lain:
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
Cara penyediaan:
Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
Kaum cina dan india makan nasi lemak dengan berbagai jenis hidangan.Tiap-tiap kaum memakan nasi lemak dengan cara pemakanan dan hidangan yang berbeza. Ini menunjukkan keistimewaan dan keunikkan makanan tradisional ini.Makanan ini boleh didapati di mana-mana sahaja dari warung,kedai mamak ataupun di restoran.

Resepi Buat Sambal Tumis Sedap


Bahan-Bahan Menyediakan Sambal Tumis
  • Cili kering yang sudah diblend dalam 3 senduk sederhana
  • Sebiji bawang besar yang dihiris 
  • 3 ulas bawang merah sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • setengah gengam ikan bilis
  • air perahan asam jawa
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa
  • Minyak secukupnya untuk memasak sambal
Cara Menyediakan Sambal Tumis Yang Sedap
  • Tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.Hiris bawang besar.Saya suka hirisan bawang besar yang sedikit tebal supaya kita dapat meratahnya dengan nasi.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Masukkan terlebih dahulu bawang besar yang dihiris tadi.Bawang besar yang digoreng terlebih dahulu juga antara petua untuk dapatkan sambal tumis yang sedap.Bila naik bau, barulah masukkan pula bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi.
  • Masukkan pula cili kering yang sudah diblend.Sambal tumis akan berasa lebih enak jika menggunakan cili kering dan bukan cili boh yang banyak dipasaran.
  • Pastikan minyak mencukupi supaya cili kering itu dapat masak dengan sepenuhnya.
  • Masukkan air dalam setengah cawan sahaja dan kacau perlahan.Jika anda masukkan air yang banyak, ia akan menyebabkan sambal tumis kurang bertahan lama.
  • Masukkan perahan air asam jawa dalam dua sudu makan.Asam keping atau asam gelugor juga boleh mengantikan perahan air asam jawa.Tapi kena pastikan segera diangkat asam keping tersebut selepas sambal sudah masak.
  • Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Pastikan api sederhana atau kecil sahaja.Sambal tumis yang dimasak sehingga naik minyak akan membantu sambal tumis menjadi lebih tahan lama.
  • Biarkan sehingga sambal tumis anda naik minyak barulah ditutup api.


EmoticonEmoticon

Blog Archive