Wednesday, 25 January 2017

Makanan halal di Korea Selatan (Finding halal foods in South Korea : eng subbed)

..

Resepi Cara Membuat Kimchi Korea  Halal (Korean Kimchi Recipe)

A.Bahan Bahan Buat Sos Kimchi Korea Halal :

2 ulas bawang putih tumbuk

1 cawan serbuk lada merah

2 sudu besar gula

1 sudu kecil halia tumbuk

2 sudu besar sos ikan

4 batang daun bawang

Air secukupnya bagi menggaul ke semua bahan

B.Bahan Bahan Resepi kimchi korea  halal :
1 biji kobis panjang iris tipis

1/2 cawan garam halus

2 biji lobak merah – dihiris menjadi batang mancis

1 ikat daun bawang, dipotong memanjang

C.Cara Membuat Kimchi Korea Yang Mudah :

Pilih kobis panjang, Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Celup kobis sekali di dalam air supaya tidak rosak.

Tabur garam kasar pada setiap lapisan kobis panjang. Simpan dalam bekas dan bubuh sedikit sahaja air jangan di rendam. Biar 6 jam kerana garam akan mengeluarkan air daripada dalam kobis.

Bilas kobis dengan dicelup-celup di dalam air. Toskan airnya sehingga kering.

Setelah itu buat sos dengan mencampurkan kesemua bahan diatas ke dalam besen, Lumur sos pada setiap helaian kobis tadi sehingga rata. Lakukan dengan lembut supaya kobis tidak koyak atau patah.

Kemaskan semula daun kobis yang dilumur tadi dan ikat dengan helaian daun yang atas sekali. Genggam sekejap bagi memastikan tiada udara tersimpan di antara celah-celah daun. Selepas itu, simpan dalam bekas.

kimchi korea ni boleh di makan terus sebagai salad kimci segar atau anda boleh menjeruk kimci dengan membiarkan dalam suhu bilik selama 1 hari dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Bila hendak di makan, keluarkan kimchi korea dalam kuantiti yang diperlukan dan simpan selebihnya. Karena kimchi korea ni tahan sehingga berbulan-bulan. Semoga Resepi kimchi korea asli paling mudah sedap dan halal ni bermanfaat.


EmoticonEmoticon

Blog Archive