...
RESEPI MEE KUNGFU / MEE HONGKONG / MEE KANTONIS
Bahan A
500 gm mee kuning
5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
3 s/b minyak masak
garam secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.
SUMBER:http://adf.ly/1iceNz
RESEPI ITIK PANGGANG
RESEPI KUE TEOW ALA KANTONIS
- Panaskan kuali, tuang 2 camca besar minyak masak. Biar minyak betul2 panas dan masukkan kue teow bersama kicap cair. Kacau rata dan masak hingga harum, angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
- Panaskan 1 1/2 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan udang dan fishcake. Kacau rata dan masukkan air, kicap pekat dan kiub ayam. Biar mendidih. Tambah sawi, masak sekejap.
- Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata, bila kuah kelihatan pekat. Masukkan telur dan kacau perlahan selama 10 saat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang atas kue teow tadi, tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan segera selagi hangat...
EmoticonEmoticon