Tuesday, 3 January 2017

Gerai Pak Hassan Kg Baru: Roti Canai + Kaki Ayam & Nasi Lemak

,,


ROTI CANAI CHEESE


Bahan2nya
500 g tepung gandum
2 camb tepung roti
3/4 cawan air suam..tambah sedikit jika adunan masih keras
2camb susu pekat-bancuh bersama air
1 camb majerin
1 camb minyak sapi
1 biji telur-saiz kecil
1/2 camt garam
1/4 camt soda bikarbonat

Untuk tabur diatas roti canai
beberapa keping cheese-dipotong 6-8 setiap keping
susu pekat manis

Cara2nya
Sapukan keliling bekas dgn majerin dan minyak sapi.Masukan tepung,garam dan soda bikarbonat.Gaul dan ramas adunan dengan minyak sapi.Masukan air bersama susu  sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.Tambah sedikit lagi air jika adunan masih lagi keras.Uli  sehingga adunan tidak melekat dijari.Bahagi adunan kepada 12-16 mengikut kehendak masing2.Bulatkan adunan,sapu sedikit majerin.Tuang sedikit minyak didalam bekas,supaya tidak melekat.Perapkan 2-4 jam.Canaikan,letakan kepingan cheese,percikan sedikit susu pekat,tutup.Bakar dengan sedikit minyak.Alih2kan ,biar hingga masak.

Resepi Kuah Kari Dhal 

Bahan-bahannya:

1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk) 
1 cawan ayam ~ dipotong kecil-kecil (bahagian tulang pun takpe, untuk maniskan kuah aje.. kalau nak masukkan isi-isi pun boleh..) 
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci 
1 batang carrot ~ potong ikut suka
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis 
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis 
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus 
1 tangkai daun kari 
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan 
1 sudu kecil serbuk kunyit* 
1 sudu besar serbuk kari daging* 
1 sudu besar serbuk jintan putih* 
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika tak mahu pedas) 
garam & perasa secukupnya 
minyak untuk menumis 
air secukupnya untuk kuah 
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes) 
Cara Buat Kuah Kari Dhal  

1. Rebuskan kacang dhal yang direndam tadi hingga kembang dan agak-agak nampak nak pecah sikit. 

2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah-rempah tadi. Kacau rata dan biar wangi. 

3. Masukkan ayam dan kacau kejap, kemudian masukkan air. Biar ayam masak sekejap. 
4. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan bahan-bahan ini dalam periuk kacang dhal yang direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah dan juga kacang panjang. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Biar mereneh ikut kepekatan yang anda suka, (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)




Sumber: http://lynk.my/Lr8P


EmoticonEmoticon

Blog Archive