Saturday 14 January 2017

#SeleraBajet: Mee Rebus Mail, Taman Melawati.

..

RESEPI MEE REBUS ala HJ WAHID


Bahan-bahan untuk resepi ini adalah untuk 2 kg mee kuning. Boleh makan ramai. Jika keluarga tak ramai ita cadangkan buat 1/2 daripada bahan dan anggaran untuk 1 kg mee kuning.

2 kg mee kuning
1/2 kg daging / tetel / tulang ~ daging dan tetel di hiris. Kemudian rebus dahulu hingga empuk. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Air rebusan jangan buang, boleh di masukkan dalam kuah nanti.
4 biji keledek sederhana besar ~ sebaiknya keledek oren kerana rasanya manis dan membuatkan kuah kita berwarna oren. Keledek ni kita rebus dahulu dengan air dan secubit garam. Bila dah empuk kisar halus. Jika tak ada keledek boleh gantikan dengan kentang. Ita guna kentang.
1 cawan tauco ~ tauco ni kita cuci dahulu kerana tauco ni dia masin. Kemudian di kisar halus.
1/2 cawan udang kering ~ udang ni di rendam dahulu , kemudian di kisar halus. Jika ada udang pepai, udang kertas atau udang putih yang kecil boleh tambah sekali dan kisar. Supaya kuah lebih manis dan enak.
3 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
1 inc halia ~ di kisar
1 inc lengkuas ~ lengkuas boleh kisar sekali jika suka kalau tak suka rasa lengkuas yang kuat boleh hiris atau ketuk sahaja
3 batang serai ~ di ketuk perdunya
5 sudu makan rempah kari daging
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Ita tambah 2 keping asam keping.
Ita juga tambah cili kering dikisar untuk rasa pedas



Sediakan bahan-bahan untuk kuahnya terlebih dahulu. Bila dah sedia bolehlah kita mulakan proses memasak kuah mee rebus.



Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk.
Bila minyak dah panas kita tumiskan serai dan lengkuas.
Kemudian kita masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai bagi mereka yang kisar sekali lengkuas.
Tumis hingga ia naik bau harum dan terbit minyak.
Bila dah terbit minyak, masukkan udang yang kita dah kisar halus tadi. Ita kisar sekali bersama udang pepai.
Kemudian masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.
Sekarang kita masukkan rempah kari. Ita suka masukkan terus rempah kari. Anda boleh campurkan rempah dengan air dan jadikan pes. Kemudian masukkan. Goreng sampai garing. Jika terlalu kering tambahkan air. Boleh gunakan air rebusan daging.
Bagi mereka yang suka pedas boleh letakkan cili kering yang di kisar.
Masak lagi hingga cili betul-betul garing.
Sekarang kita masukkan tulang, bagi yang menggunakan tulang. Kalau guna daging dan tetel boleh masukkan daging dan tetel.  campur sekali daging, tetel dan tulang pun boleh.
Jika guna daging batang pinang, boleh masukkan terus tanpa di rebus. Daging batang pinang ni lembut kalau kita rebus nanti dia hancur.
Tambahkan air dan masak hingga mesra dan daging empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan tauco yang kita dah kisar.
Masukkan juga keledek yang kita dah kisar.
Bila dah siap bolehlah peraskan dengan garam dan gula. Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana tauco dah masin.  tambahkan gula Melaka kerana  kuah yang rasanya lemak. Dalam resepi tak menggunakan asam keping. Gula kena banyak ya sebab kuah mee rebus sedikit manis tapi bukan terlalu manis ya..
Renihkan sekejap kuah hingga sedikit pekat



Dah pun siap kuah mee rebus kita.
Mee rebus Tuan Hj Wahid special kerana di makan bersama keriuk-keriuk yang rangup atau kerupuk udang yang rangup. Sekarang kita sediakan pula kerupuk udang.

Resepi yang di kongsikan hanya menggunakan tepung gandum. Jika guna tepung gandum sahaja, ia tak akan rangup dan jadi macam jemput-jemput pulak. Sedangkan jika kita makan di gerai Hj Wahid kerupuknya sangat rangup dan itu yang membuatkan mee rebusnya lain dari yang lain. Untuk menambahkan kerangupan, ita ubah sedikit resepi dan tambahkan tepung beras, supaya kerupuknya rangup. Jom kita lihat resepi



KERUPUK UDANG

1/2 cawan udang kering ~ rendam dan kisar
1/2 cawan udang pepai
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu teh kunyit serbuk
1 biji telur
secubit garam


 masukkan udang pepai dan telur.
Udang tu kita rendam dan kisar halus. Udang pepai tak payah kisar.
Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.



Kemudian panaskan minyak. Minyak kena betul-betul panas supaya kerupuk tidak mernyerap minyak yang banyak. Bila dah panas bolehlah coreng. Cara gorengnya macam kita buat keriuk-keriuk masa goreng pisang. Kita boleh titik-titik ( drop) terus dalam minyak dengan menggunakan sudu. Jangan banyak-banyak, kalau banyak jadi jemput-jemput pulak. Dia sikit-sikit. Satu lagi boleh seletkan tepi kuali nipis-nipis. Kemudian simbah dengan minyak sikit-sikit bagi dia jatuh dalam ninyak. Ikut lah mana-mana cara dan kaedah yang selesa.
Bila dah garing angkat dan toskan minyaknya.
Bila dah sejuk masuk dalam bekas tertutup supaya dia senantiasa rangup. Nanti bila nak hidangkan baru tabur atas mee. Kruk... kruk.. rangupnyaaa..

Dah pun siap keriuk-keriuk rangup udang. Sekarang kita lihat pula bahan-bahan yang akan kita makan bersama mee rebus ni.



Mee ~ Bahan utamanya mestilah mee kuning. Mee ni kalau Hj Wahit dia rebus mee ni untuk sepingan-sepingan yang nak makan. Kalau kita kat rumah nak makan untuk sekali hidang boleh rebus atau celur sekilo terus.

Taugeh ~ Taugeh ni buang akarnya dan celur, kejap aje celur.

Tauhu ~ kalau makan kat Hj Wahid tak pernah jumpa tahu. Tapi kalau makan sendiri letak tahu baru sedap! Tauhu ni kita goreng dahulu, lepas tu potong dadu.

Telur ~ Telur ni kita rebus, kemudia belah 2, kalau Hj Wahid dia hiris-hiris, senang customer nak makan.

Cili Hijau dan cili merah ~ di hiris bulat. Kalau Hj Wahid guna semua cili hijau sebab ia tak pedas. Kalau kita nak nampak cantik dan meriah mee kita letak lah cili merah sikit.. baru naik selera.. warna merah kan buatkan kita selera nak makan..

Limau Kasturi ~ limau lain macam tak berapa sesuai. Limau kasturi ni bau dia harum.. Boleh belah 2 atau potong sikit kat bahagian tangkai dia tu..

Daun bawang ~ hiris halus, kalau nak letak daun sup pon boleh

Bawang goreng ~ kalau ita yang ni mesti ada baru sedap!

Kicap manis ~ kalau Hj Wahid dia akan letak sedikit kicap manis

Kerupuk Udang ~ akhir sekali pastilah kerupuk atau keriuk-keriuk udang.. barulah special.. kalau tak de ni tak special lah mee rebus kita ni.. dan bukalah namanya Mee Rebus Hj Wahid

Sumber:http://lynk.my/OfP4


EmoticonEmoticon

Blog Archive