Tuesday 10 October 2017

Madu Kelulut Kg Ulu Legong - Majalah 3



 Khasiat 
madu kelulut

BERPUASA secara asasnya meletihkan sekiranya melibatkan pergerakan fizikal yang banyak namun tidak mustahil seseorang mampu tampil cergas dan bertenaga melalui amalan pemakanan yang betul ketika bersahur.

Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersahur adalah makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kurma selain mendapatkan bekalan air yang cukup.

Selain itu pengambilan madu juga dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh.

Antara madu yang terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Kluster Integriti Perubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan 
kanser.

Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Bayu Kelulut ujarnya, menawarkan madu kelulut asli yang dihasilkan dari ladang seluas empat ekar (1.6 hektar) di ladang yang dikenali Bayu Kelulut Smart Digital Farm di Guar Batu Hitam Kodiang, Kedah.

Produk yang diusahakan Hisyam Yusoff itu turut mendapat pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan memperoleh perakuan jenama 1Malaysia Best.

Beliau menambah, produk keluaran Bayu Kelulut turut diserta dengan kod respon pantas (Kod QR) bagi memberi keyakinan kepada pengguna.

“Mereka hanya perlu mengimbas kod QR pada setiap produk madu kelulut keluaran kami dan daripada situ akan keluar maklumat kepada pengguna untuk membuktikan kualiti produk,” katanya.



Madu sebagai makanan tambahan menghadapi penyakit  kanser

SEBAIK dikesan menghidap kanser nodus limfa (lymph nodes) tahap tiga pada 2013, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman mula menjadi ‘penghuni tetap’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Zulhilmi,26, sel kanser itu mula dikesan di bahagian perutnya sebelum merebak ke bahagian prostat sehingga terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sel kanser itu.

Selepas sebulan menjalani pembedahan pada Julai 2013, dia meneruskan rawatan kemoterapi sebanyak 12 pusingan selama hampir setahun sebelum sekali lagi menjalani pembedahan besar pada Jun tahun 
lalu.

“Sepanjang menjalani rawatan kemoterapi, keadaan saya menjadi semakin teruk apabila kanser itu dikesan berada pada tahap empat dan merebak ke bahagian buah pinggang manakala di bahagian perut saya menjadi lebih serius.

“Ketika pembedahan kali kedua, doktor yang merawat saya maklumkan peluang saya hanya 50-50 dan saya mungkin akan terlantar di atas katil sekurang-kurangnya enam bulan,” kata pekerja swasta tersebut .

Enggan mengalah, dia mendapatkan nasihat doktor mengenai langkah terbaik untuk segera sembuh dan dimaklumkan agar tidak mengambil suplemen berbentuk pil atau cecair kerana akan memburukkan lagi keadaannya.

Namun jelasnya, doktor menyarankan agar dia mengamalkan suplemen tradisional iaitu daun belalai gajah, biji aprikot dan madu.

“Tapi pada masa itu saya hilang selera makan dan daun belalai gajah serta biji aprikot bukanlah pilihan terbaik untuk saya jadi saya mula mengamalkan madu.

“Pada mulanya saya mengamalkan sejenis madu yang berharga RM400 untuk sekilogram namun kerana harganya yang mahal, saya memikirkan alternatif untuk madu yang lebih murah.

“Ketika itulah saya diperkenalkan dengan madu kelulut keluaran syarikat Bayu Kelulut ini oleh stokis produk itu dan Alhamdulillah ia serasi dengan saya,” ujarnya.

Tambah Zulhilmi, madu kelulut itu sebenarnya dibeli oleh ibu saudaranya yang menghidap diabetes kronik sehingga matanya rabun.

Namun pengambilan madu sebagai makanan tambahan banyak membantu penglihatan yang kembali terang.

Perkara itu mendorong dia semakin bersemangat untuk mencuba madu kelulut dan terbukti ada kesan positif hanya selepas sebulan mengamalkan madu itu.

“Saya mampu kembali bertugas selepas sebulan menjalani pembedahan dan tidak lagi perlu menjalani kemoterapi.

“Syukur kepada Allah saya diperkenalkan dengan produk ini, ia membantu dalam menghadapi masalah penyakit ini saya tidak lagi mengembang,” katanya.

Menyedari khasiat yang ada pada madu kelulut, Zulhilmi kini turut menjadi pengedar produk Bayu Kelulut di sekitar

Lembah Klang dan mereka yang berminat mendapatkan produk itu, boleh menghubunginya di talian 019-5258268.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/khasiat-8232-madu-kelulut-1.111110#ixzz4vArp0Agp
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday 8 October 2017

JJCM 2017: Labuan Part 2 [FULL]

KARI IKAN TUNA


Bahan:

1 ekor ikan tuna dipotong dan dibersihkan
1 biji bwg besar dihiris*
5 ulas bwg putih diketuk dan dihiris*
1/2 sdu teh halba*
1/2 sdu teh bji sawi*
5 tangkai daun kari*
sedikit kunyit serbuk *
1 peket kecil rempah kari ikan babas
1 peket kecil rempah kari daging babas
sedikit air asam jawa
21/2  cwn santan
sedikit garam dan perasa @ gula (optional)
7 tangkai kacang bendi
sedikit myk utk menumis


Cara:

1.       Panaskan periuk. Addkan bhn yang bertanda*.Masak sehingga naik bau.
2.       Bila bahan tumis dah naik bau addkan rempah kari daging dan rmpah kari ikan.Kacau rata.
3.       Biarkan semua bahan tumisan naik myk.Addkan air asam jawa.Kacau rata lagi.
4.       Bila rempah tumisan dah terbit myk addkan ikan.Gaul rata dan perlahan.Biar rempah
          meresap bersama ikan.
5.       Bila bahan rempah dan serata bersama ikan addkan santan dan kacau perlahan-lahan.
6.       Biar santan mendidih dan kuah kari memekat.
7.       Bila kuah dah memekat addkan garam  dan perasa(optional).
8.       Addkan kacang bendi.Kacau rata dan angkat.
9.       Sedia utk dihidangkan.http://secuitrasaumiejazz.blogspot.my/2013/10/kari-ikan-tuna.html

Saturday 7 October 2017

Kerapu Gergasi Ah Tiong - Majalah 3 (8 May 2017)

 Kerapu Tiga Rasa

BAHAN-BAHAN

– 1 ekor ikan kerapu, 800gram
– 8 biji cili merah – kisar
– 6 biji bawang merah, cincang
– 3 biji bawang putih, cincang
– 2 biji tomato, potong dadu
– 1 cawan air asam jawa
– 2 sudu besar cili boh
– 3 sudu sos tiram
– 2 sudu sos ikan
– Serbuk kunyit
– Daun ketumbar
– Garam, serbuk perasa secukup rasa
– Minyak

CARA-CARA

1. Lumur ikan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh dan tepung jagung. Goreng dan setelah garing, ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, goreng sehingga separuh kekuningan. Masukkan bawang merah dan kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan cili merah yang telah dikisar dan kacau seketika. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa, air asam jawa dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dan tomato.
4. Apabila sudah masak, tuang ramuan tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Kalau ada siakap, bolehlah cuba siakap tiga rasa. Tukar je ikannya!!http://www.eresipi.com/kerapu-tiga-rasa/


 Ikan Kerapu Stim Ala Thai

 Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - belah depan
2 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
8 biji cili padi - ketuk
2 inci halia muda - hiris panjang
1 kiub pati ikan bilis
3 biji limau kasturi/nipis - hiris dan juga perah jus
5 helai daun limau purut - buang urat & hiris kasar
2-3 biji bawang putih jeruk - buang kulit
1/2 batang saderi - hiris nipis

Bahan Sos:
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
3-4 sudu besar sos tiram
Sedikit air

Bahan Lain:
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula/serbuk perasa

Bahan Tabur
Daun ketumbar, daun bawang - hiris
1 biji cili merah - hiris

Cara cara:
Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih. Masukkan semua bahan hiris dan bahan sos ke dalam pinggan pengukus. Letakkan bahan hiris sebahagian di bawah ikan.

Kukus dalam 5-10 minit atau sehingga ikan masak. Masukkan air bancuhan tepung dan garam serta gula. Rasakan dulu masinnya, sebelum ditambah garam.

Kukus lagi dalam 1 minit. Tutup api dan tabur cili merah dan daun ketumbar.  Bolehlah dihidangkan. http://www.aziekitchen.com/2014/06/ikan-kerapu-stim-ala-thai.html

Friday 6 October 2017

Khazanah Royal Belum - Majalah 3


 Resipi Masak Ikan Kelah Lemak Cili Padi

Bahan-Bahannya:

● 1 ekor ikan kelah
● 2 batang serai, ditumbuk hujungnya
● 2 helai daun kunyit, disiat-siat
● 600 ml santan cair
● 200 ml santan pekat
● 8 - 10 biji limau kasturi, ambil jusnya
● Garam secukup rasa
● 15-20 biji cili padi kampung, boleh ditambah jika suka
● 1 inci kunyit hidup
● Sehelai daun kunyit, disiat-siatkan dan disimpulkan
● Secekak pucuk ubi, ambil pucuk dan rebus dengan garam & toskan

Cara-caranya:

1.   Ikan kelah  disiang tanpa buang sisik cuma dibersihkan dan diperap bersama garam dan cuci sedikit dengan jus limau kasturi selama 10 - 15 minit. Cuci kembali dan toskan. Kemudian ketepikan.

2.   Tumbuk cili api bersama kunyit hidup dan garam.  Masukkan ke dalam periuk.

3.   Masukkan serai  yang telah dititik dan santan cair, kacau dan tunggu hingga mendidih.

4.   Masukkan ikan kelah dan tambah santan pekat. Bila sudah mendidih  masukkan pula daun kunyit, pucuk ubi yang telah direbus dan masukkan  garam secukupnya.

5.   Biar mendidih perlahan  dalam 10 minit dan tuang jus limau kasturi dan biarkan mendidih lagi  sambil dikacau perlahan.

6.   Apabila sudah rasa garam ok baru dipadamkan api. Hidangkan ketika panas.http://koleksi-info.blogspot.my/2016/01/resipi-masak-ikan-kelah-lemak-cili-padi.html

IKAN KALOI GORENG BERLADA

Bahan-bahannya:
● Ikan kaloi
● 4 biji bawang merah - dikisar
● 3 ulas bawang putih - dikisar
● 3 sudu besar cili kering kisar
● 1 tomato dicincang
● Sedikit belacan
● 1 serai dititik
● Garam dan gula secukup rasa
● 1 biji limau kasturi - ambik jus
.
Cara-caranya :
1. Ikan lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam, digoreng hingga masak agak garing.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan tomato cincang dan kacau hingga hancur, masukkan serai, belacan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan goreng tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan jus limau dan sedia utk dihidangkan.http://karyaku-paridahishak.blogspot.my/2015/10/ikan-kaloi-goreng-berlada.html

Tuesday 3 October 2017

Tajur Baung Tunggal - Majalah 3





Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.


Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah
dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing
ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang)
yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10
ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau
usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah
memancing ikan ini dengan sabun.


Ikan baung biasanya dielakkan sekiranya berlaku kecelakaan di sungai
karena pernah dijumpai jari manusia di dalam perut ikan baung. Tapi
rasa ikan baung ini tidak ada bandingnya apalagi selepas dibakar atau
dipesmol (acar kuning).https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Baung

Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

 

1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam



Cara cara:
Tumbuk
cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur
pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.


 Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak

 Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.http://www.aziekitchen.com/2014/01/masak-tempoyak-ikan-patin-resepi-asli.html