Tuesday 10 October 2017

Madu Kelulut Kg Ulu Legong - Majalah 3



 Khasiat 
madu kelulut

BERPUASA secara asasnya meletihkan sekiranya melibatkan pergerakan fizikal yang banyak namun tidak mustahil seseorang mampu tampil cergas dan bertenaga melalui amalan pemakanan yang betul ketika bersahur.

Antara pemakanan yang boleh diamalkan ketika bersahur adalah makanan karbohidrat seperti roti, nasi, bubur dan kurma selain mendapatkan bekalan air yang cukup.

Selain itu pengambilan madu juga dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh.

Antara madu yang terbaik untuk diamalkan adalah madu kelulut kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Penasihat Produk Bayu Kelulut, Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat lain madu kelulut ini dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Kluster Integriti Perubatan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan, madu kelulut juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan 
kanser.

Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Bayu Kelulut ujarnya, menawarkan madu kelulut asli yang dihasilkan dari ladang seluas empat ekar (1.6 hektar) di ladang yang dikenali Bayu Kelulut Smart Digital Farm di Guar Batu Hitam Kodiang, Kedah.

Produk yang diusahakan Hisyam Yusoff itu turut mendapat pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP), Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan memperoleh perakuan jenama 1Malaysia Best.

Beliau menambah, produk keluaran Bayu Kelulut turut diserta dengan kod respon pantas (Kod QR) bagi memberi keyakinan kepada pengguna.

“Mereka hanya perlu mengimbas kod QR pada setiap produk madu kelulut keluaran kami dan daripada situ akan keluar maklumat kepada pengguna untuk membuktikan kualiti produk,” katanya.



Madu sebagai makanan tambahan menghadapi penyakit  kanser

SEBAIK dikesan menghidap kanser nodus limfa (lymph nodes) tahap tiga pada 2013, Muhammad Zulhilmi Abdul Rahman mula menjadi ‘penghuni tetap’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Menurut Zulhilmi,26, sel kanser itu mula dikesan di bahagian perutnya sebelum merebak ke bahagian prostat sehingga terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sel kanser itu.

Selepas sebulan menjalani pembedahan pada Julai 2013, dia meneruskan rawatan kemoterapi sebanyak 12 pusingan selama hampir setahun sebelum sekali lagi menjalani pembedahan besar pada Jun tahun 
lalu.

“Sepanjang menjalani rawatan kemoterapi, keadaan saya menjadi semakin teruk apabila kanser itu dikesan berada pada tahap empat dan merebak ke bahagian buah pinggang manakala di bahagian perut saya menjadi lebih serius.

“Ketika pembedahan kali kedua, doktor yang merawat saya maklumkan peluang saya hanya 50-50 dan saya mungkin akan terlantar di atas katil sekurang-kurangnya enam bulan,” kata pekerja swasta tersebut .

Enggan mengalah, dia mendapatkan nasihat doktor mengenai langkah terbaik untuk segera sembuh dan dimaklumkan agar tidak mengambil suplemen berbentuk pil atau cecair kerana akan memburukkan lagi keadaannya.

Namun jelasnya, doktor menyarankan agar dia mengamalkan suplemen tradisional iaitu daun belalai gajah, biji aprikot dan madu.

“Tapi pada masa itu saya hilang selera makan dan daun belalai gajah serta biji aprikot bukanlah pilihan terbaik untuk saya jadi saya mula mengamalkan madu.

“Pada mulanya saya mengamalkan sejenis madu yang berharga RM400 untuk sekilogram namun kerana harganya yang mahal, saya memikirkan alternatif untuk madu yang lebih murah.

“Ketika itulah saya diperkenalkan dengan madu kelulut keluaran syarikat Bayu Kelulut ini oleh stokis produk itu dan Alhamdulillah ia serasi dengan saya,” ujarnya.

Tambah Zulhilmi, madu kelulut itu sebenarnya dibeli oleh ibu saudaranya yang menghidap diabetes kronik sehingga matanya rabun.

Namun pengambilan madu sebagai makanan tambahan banyak membantu penglihatan yang kembali terang.

Perkara itu mendorong dia semakin bersemangat untuk mencuba madu kelulut dan terbukti ada kesan positif hanya selepas sebulan mengamalkan madu itu.

“Saya mampu kembali bertugas selepas sebulan menjalani pembedahan dan tidak lagi perlu menjalani kemoterapi.

“Syukur kepada Allah saya diperkenalkan dengan produk ini, ia membantu dalam menghadapi masalah penyakit ini saya tidak lagi mengembang,” katanya.

Menyedari khasiat yang ada pada madu kelulut, Zulhilmi kini turut menjadi pengedar produk Bayu Kelulut di sekitar

Lembah Klang dan mereka yang berminat mendapatkan produk itu, boleh menghubunginya di talian 019-5258268.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/khasiat-8232-madu-kelulut-1.111110#ixzz4vArp0Agp
© Utusan Melayu (M) Bhd


EmoticonEmoticon