Thursday 31 May 2018

Resepi Rendang Tok | Try Masak | iCookAsia

 Bahan-bahan:
 500 gram daging dipotong sebesar 3 inci
 2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula merah
2 keping asam gelugor
 2 helai daun kunyit garam secukup rasa

 Bahan-bahan untuk dikisar pula:
15 tangkai cili kering
 10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
 3 batang serai
 1 inci halia
 1 inci lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
 1 sudu kecil lada hitam
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 gelas air

 Cara membuat
1. Mula-mula, kisar kering ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga halus.
 2. Kemudian kisar basah cili kering bersama bawang merah, serai, bawang putih, lengkuas dan halia bersama sedikit air. Kisar sehingga halus.
 3. Selepas itu masukkan ke dalam kuali bersama bahan kisar kering, gula merah dan daging. Kacau rata.
 4. Kemudian curahkan santan dan masak dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
5. Apabila kuah menjadi pekat, masukkan asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata hingga semua rasanya sebati.
 6. Hiris halus daun kunyit dan masukkan ke dalam rendang.
Kacau hingga sebati dan rendang tok sedia untuk dihidang bersama lemang. Selamat mencuba!

Tuesday 29 May 2018

Rendang Daging Minang | Try Masak | iCookAsia


Bahan-bahan diperlukan:

  • daging lembu = 1 kg
  • kicap manis cap kipas udang = 1 botol kecil, p/s = kene pakai kicap jenama ni...kalu tak guna rasanye tk berapa nk sedap
  • lada kering = dlam 20 tangkai ( blend ) p/s = ikut selera, kalo nk pedas lebihkan lah lada kering tu
  • cili padi = 10 tangkai ( blend dgn lada kering ) p/s = rendang nogori mesti tk tinggal cili padi ni kan..hihihhi...
  • bwang besar = 5 biji , bwng puith = 1 labu , halia = sebesar ibu jari , lengkuas = sebesar ibu jari , serai 5 btg ( smua di blend hingga lumat )
  • santan = 1 biji kelapa, p/s = ikut citarasa ..kalo nk lebih letak lebih..
  • kerisik sedikt
  • bahan2 utk yg last skali...kalo takde mmg tak jadi rendang ni.... bawang besar =2 biji ( potong bulat )serai = 5 btg ( di ketuk )...daun kunyit = disiat-siat.....smua bahan diatas digoreng dgn minyak sampai layu dan wangi
  • garam secukup rasa ...p/s = tk perlu byk sbb dah ada kicap....
  • minyak masak yg secukupnye

Cara menyediakan dan memasak:

  1. perap daging dgn kicap manis....nk sedap perap semalaman...perap 30 min pun ok gak....
  2. panaskan minyak n tumiskan smua bhan yg di blend tadi ... bwg besar + bwg putih + halia + langkuas+serai
  3. then, dh pecah minyak bahan2 yg ditumis td..masukkan lada kering + cili api td ....tumis sampai pecah minyak jugk...
  4. masukkn daging yg diperap tadi...kecutkan daging tu sampai kuar air daging & sampai daging empuk
  5. then masukkan santan....
  6. agak2 santan mcm nk pekat , masukkan kerisik n masak samapi kering n meyerupai rendang...
  7. last skali masukkan 3 bahan ug digoreng dgn minyak td ..p/s= tgk bahan2 diatas...maka siaplah rendang minangkabau kite ni..
  8. ha...apa lagi..gi amik nasi putih yg baru masak tu,,makn dgn rendang tu...makesure anda smua akn jatuh cinta dgn rendang ni...slamat mencuba...masakan yg lazat lahir dari hati yg ikhlas....https://tinyurl.com/yczw8mat

Sunday 27 May 2018

Resepi Rendang Ayam | Try Masak | iCookAsia


 Bahan-bahan:
 600gm ayam (digoreng)
40gm kerisek
5 helai daun limau purut (di siat)
 2 helai daun kunyit (di mayang halus)
 ½ liter santan
1 keping asam keping
1 sudu besar gula Melaka (dikisar)
2 sudu besar
Maggi Cukup Rasa Bahan yang dikisar ialah :

 6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
15 tangkai cili padi
 Cara membuat
 1. Cara membuatnya mudah sahaja, pertama sekali masukkan santan di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan yang di kisar dan kacau rata. Masukkan daun limau purut dan biar sehingga kuah mendidih.
 2. Selepas itu masukkan hirisan daun kunyit dan asam keping. Biarkan seketika.
 3. Setelah itu masukkan ayam goreng dan gula Melaka. Kacau rata kesemua bahan sehingga sebati. Biarkan seketika sehingga kuah agak kering.
 4. Akhir sekali masukkan kerisek dan juga 1 ½ sudu besar Maggi Cukup Rasa. Biar kan kesemua bahan kering dan sebati.
 5. Rendang ayam sedia untuk di hidang.

Saturday 26 May 2018

Resepi Biskut Semperit | Try Masak | iCookAsia | Resepi Ramadan & Hari Raya



Bahan-bahannya:

250g mentega
90g gula kastor
1 biji kuning telur
260g tepung gandum
120g tepung jagung
50g tepung kastard
2 sudu besar susu segar
 ½ sudu kecil esen vanilla
¼ sudu kecil garam halus
Ceri/Chocolate coloured rice sbg topping

 Cara membuat
1. Pertama sekali, pukul mentega, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.
2. Apabila kembang, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan susu segar, tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard
4. Pukul sehingga rata dan sebati.
 5. Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan paipkan sehingga menjadi bentuk bunga
6. Letakkan chocolate coloured rice/ceri ke atas biskut.
7. Akhir sekali, bakar pada suhu 150°C selama 15-20minit sehingga masak.

Thursday 24 May 2018

Tuesday 22 May 2018

VERY SOFT SAMOSA RECIPE - WITH MEAT FILLING & POTATO FILLING - Dunyas Ki...

Resepi Samosa Daging

 Bahan-bahan


1 cawan daging kisar (boleh tambah banyak kalau suka)
500g ubi kentang dan dipotong dadu serta direbus terlebih dahulu
1 bawang besar dipotong dadu
3 uals bawang putih dicincang halus
1 sudu rempah kari kegemaran anda
garam dan gula secukup rasa
beberapa helai daun kari untuk aroma
Cara-cara:
Rebus kentang terlebih dahulu sehingga empuk bagi menjimatkan masa anda.
Tumis bawang putih dan bawang besar beserta daun kari sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan goreng sehingga agak garing.
Kemudian masukkan kentang dan kacau sehingga sebati.
Sejukkan inti terlebih dahulu sebelum proses menggulung.
Sambil tu, potong kulit popia kepada tiga baris. (gambar lipat samosa segi tiga klik sini)
Cara Lipat dan Gulung Kulit Popia Samosa Goreng
Cara Lipat dan Gulung Kulit Popia Samosa Goreng
Letakkan inti dan gulung kulit popia kepada bentuk segi tiga seperti di bawah.
Sapukan air atau telur putih di penghujng sebagai pelekat.
Goreng di dalam kuali pada suhu sederhana dengan minyak yang penuh
 https://tinyurl.com/yb32lpx5

Monday 21 May 2018

Afghan Samosa - Easy Ramadan Recipe 2017 - Dunyas Kitchen


Samosa Ayam dan Kentang

BAHAN BAHAN

(40 ketul)
Kulit popia secukupnya - dipotong 2 setiap helaian

inti
1 cawan (200g-250g) daging ayam cincang
500g ubi kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris halus
3 sudu besar serbuk kari
1 batang lobak merah - dihiris panjang
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun kari
sedikit air
minyak untuk menumis dan menggoreng

bahan untuk "gam"
putih telur/air
CARA CARA
1. Rebus ubi kentang yang dah dipotong dadu sehingga 3/4 empuk. Angkat dan toskan
2. Didalam kuali beserta sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati dan garing.
3. Masukkan ayam cincang dan kacau sebati sehingga ayam tak berketul besar. 
4. Masukkan kentang, sedikit air dan lobak merak. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati. Biarkan sehingga kentang empuk sepenuhnya dan inti kering. Padamkan api. Biarkan inti sejuk sebelum dimasukkan kedalam kulit samosa.
5. Cara melipat samosa sila lihat dibawah:
Bahagikan kepada 2 bahagian yg sama besar
Lipatkan kulit popia berbentuk segi tiga
Sapukan air/putih telur di bahagian hujung
Jadikan seperti bentuk kon
Isikan inti (jgn penuh) 
 Sapukan air/putih telur dibahagian helaian pertama
Sapukan air/putih telur dihelaian kedua
Lipatkan dan SIAP!
6. Bila dah siap kesemuanya, bolehlah digoreng guna api sederhana besar. Siap!

Tuesday 8 May 2018

TRYING DURIAN FOR THE FIRST TIME IN MALAYSIA

,,

 Some people love it, some people hate it, it's the KING of fruits, it's
DURIAN! We had our good friends Thomas & Sheena at Chasing a Plate -
check them out here https://www.youtube.com/chasingaplate
- take us to Durian SS2 in Petaling Jaya, Malaysia, to try Durian for
the first time ever! Did we like it? Want to see a foreigners reaction
to eating Durian? Watch the video and see!

(OST TITIAN CINTA) Asfan Shah - Sumpah Cintaku [Official Lyrics Video]

Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang takku dengari

Lambaianmu di dalam mimpi
Bayangan senyum bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi

Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kauku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Di saat saling mengenali
Ku tahu cintamu memanggil
Dalam perasaan yang takku dengari

Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau di sisi

Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kau kunanti
(Sumpah cintaku hanya padamu

Wednesday 2 May 2018

Wany Hasrita - Menahan Rindu (OST Lelaki itu pemilik hatiku - Official Music Video)

[Verse 1]
Sejenak kutermenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung-burung
Menemani hariku menemani sepiku
Tersiksa angkara menanggung rindu

[Chorus]
Oh, angin kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat kudengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

[Post-Chorus]
Biarlah ku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu

[Chorus]
Oh, angin kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi
Biarpun sekadar cuma memujuk hati
Akan ku terus berdiri hadapi semua ini
Oh, hati kau sedarilah kenyataan ini
Agar dapat ku gagahi dan terus berdiri

[Post-Chorus]
Biarlah ku bersendirian
Terkurung dalam kenangan silamku
Biarlah aku menahan rindu
Menahan rindu

Tuesday 1 May 2018

Sufian Suhaimi - Terakhir (Official Music Video with Lyric)

Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu sendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku 2x

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri...tinggal sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku..melepaskanmu...

Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu
Ku cuba pertahankan...

Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini

Oh tuhan
Kumahu yg terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku