Sunday 27 May 2018

Resepi Rendang Ayam | Try Masak | iCookAsia


 Bahan-bahan:
 600gm ayam (digoreng)
40gm kerisek
5 helai daun limau purut (di siat)
 2 helai daun kunyit (di mayang halus)
 ½ liter santan
1 keping asam keping
1 sudu besar gula Melaka (dikisar)
2 sudu besar
Maggi Cukup Rasa Bahan yang dikisar ialah :

 6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
15 tangkai cili padi
 Cara membuat
 1. Cara membuatnya mudah sahaja, pertama sekali masukkan santan di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan yang di kisar dan kacau rata. Masukkan daun limau purut dan biar sehingga kuah mendidih.
 2. Selepas itu masukkan hirisan daun kunyit dan asam keping. Biarkan seketika.
 3. Setelah itu masukkan ayam goreng dan gula Melaka. Kacau rata kesemua bahan sehingga sebati. Biarkan seketika sehingga kuah agak kering.
 4. Akhir sekali masukkan kerisek dan juga 1 ½ sudu besar Maggi Cukup Rasa. Biar kan kesemua bahan kering dan sebati.
 5. Rendang ayam sedia untuk di hidang.


EmoticonEmoticon