Thursday 31 May 2018

Resepi Rendang Tok | Try Masak | iCookAsia

 Bahan-bahan:
 500 gram daging dipotong sebesar 3 inci
 2 cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula merah
2 keping asam gelugor
 2 helai daun kunyit garam secukup rasa

 Bahan-bahan untuk dikisar pula:
15 tangkai cili kering
 10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
 3 batang serai
 1 inci halia
 1 inci lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
 1 sudu kecil lada hitam
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 gelas air

 Cara membuat
1. Mula-mula, kisar kering ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga halus.
 2. Kemudian kisar basah cili kering bersama bawang merah, serai, bawang putih, lengkuas dan halia bersama sedikit air. Kisar sehingga halus.
 3. Selepas itu masukkan ke dalam kuali bersama bahan kisar kering, gula merah dan daging. Kacau rata.
 4. Kemudian curahkan santan dan masak dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
5. Apabila kuah menjadi pekat, masukkan asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata hingga semua rasanya sebati.
 6. Hiris halus daun kunyit dan masukkan ke dalam rendang.
Kacau hingga sebati dan rendang tok sedia untuk dihidang bersama lemang. Selamat mencuba!


EmoticonEmoticon