Monday 21 May 2018

Afghan Samosa - Easy Ramadan Recipe 2017 - Dunyas Kitchen


Samosa Ayam dan Kentang

BAHAN BAHAN

(40 ketul)
Kulit popia secukupnya - dipotong 2 setiap helaian

inti
1 cawan (200g-250g) daging ayam cincang
500g ubi kentang - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris halus
3 sudu besar serbuk kari
1 batang lobak merah - dihiris panjang
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun kari
sedikit air
minyak untuk menumis dan menggoreng

bahan untuk "gam"
putih telur/air
CARA CARA
1. Rebus ubi kentang yang dah dipotong dadu sehingga 3/4 empuk. Angkat dan toskan
2. Didalam kuali beserta sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati dan garing.
3. Masukkan ayam cincang dan kacau sebati sehingga ayam tak berketul besar. 
4. Masukkan kentang, sedikit air dan lobak merak. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati. Biarkan sehingga kentang empuk sepenuhnya dan inti kering. Padamkan api. Biarkan inti sejuk sebelum dimasukkan kedalam kulit samosa.
5. Cara melipat samosa sila lihat dibawah:
Bahagikan kepada 2 bahagian yg sama besar
Lipatkan kulit popia berbentuk segi tiga
Sapukan air/putih telur di bahagian hujung
Jadikan seperti bentuk kon
Isikan inti (jgn penuh) 
 Sapukan air/putih telur dibahagian helaian pertama
Sapukan air/putih telur dihelaian kedua
Lipatkan dan SIAP!
6. Bila dah siap kesemuanya, bolehlah digoreng guna api sederhana besar. Siap!


EmoticonEmoticon