Friday 27 January 2017

#SeleraBajet: Char Koey Teow Abang Zul.

...
Resepi Char Kuey Teow Chinese Style

Bahan-bahan Char Kuey Teow Chinese Style:
250gm char kuey teow.
2 batang sosej potong slide.
8-10 udang.
80gm kerang telah dibersihkan kulit.
100gm taugeh.
100gm daun kucai.
6-8 ulas bawang putih dicincang.
Sedikit minyak untuk menumis.


 Bahan Cili Paste (pes cili):
100gm pilihan cili kering (dikisar)
3 ulas bawang merah kecil (dikupas dan dihiris)
1 sudu minyak.
sedikit garam.



Bahan Sos campuran:
5 sudu besar kicap.
1@1/2 sudu besar kicap pekat.
1 sudu besar gula.
1/2 sudu sos ikan.
Sedikit 1/2 sudu kecil garam.
Sedikit serbuk lada putih.





Cara menyediakan Char Kuey Teow Chinese Style

Bahan-bahan untuk cili paste hendak tumis sehingga naik bau, masak cili dan asingkan.
Bahan-bahan untuk sos campuran hendak lah dicampur sehingga sebati dan asingkan.

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang, sosej dalam 1-2 minit.

Masukkan taugeh, kuey teow dan kacau seketika kemudian masukan telur dan kacau.

Masukkan kerang, cili paste, sos campuran dan kacau. Akhir sekali masukkan daun kucai dan kacau seketika dan angkat.

Resepi Char Kuey Teow original Penang

Bahan-bahan
 UTK PASTE

200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

 UTK MEE
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara

UTK PASTE-
1. Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE-
1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

2. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.


EmoticonEmoticon

Blog Archive