Friday 13 January 2017

Mampukah Kami Habiskan Seekor Kambing?

..
RESEPI NASI MANDY KAMBING


Bahan-Bahan:

400 gm beras basmathi
1 sdb rempah serbuk mandy
Rempah tumis( sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,buah limau kering,bunga cengkih)
1 1/2 kg kambing (daging dan tulang)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 sdb minyak masak atau minyak sapi ~ k.nor guna minyak sapi
garam

Cara:
Kambing
Rebus kambing sehingga betul-betul empuk (tanpa garam)
Asingkan daging kambing ke dalam bekas yg lain. Ketepikan.
Masukkan Satu sudu steel semasa merebus untuk mengempukkan daging dgn cepat. Sebelum tu potongan kambing basuh dan perap dengan tepung yang dicampur dgn sedikit air utk menghilangkan bau hamis kambing. Kemudian toskan)

Nasi Mandy
1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau. (Perwarna bolih gantikan dgn saffron)
5. Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
6. Tanak dalam rice cooker sehinnga masak.

Tumis rempah ratus  dalam periuk nasi tapi menggunakan api dapur. kemudian baru diletakkan dlm rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
daun ketumbar
garam

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.

Salad Arab
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
garam dan sedikit serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan gaul rata.


Sumber: http://lynk.my/DcQv



EmoticonEmoticon

Blog Archive