Saturday 20 October 2018

Majalah 3 (2018) | Episod 5- Keropok Ikan Patin,Mee Kari Ketam,Lokan





Tumis Lokan

 

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 kg lokan (tak byk sgt pun..sbb saiz besar2)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah-belah kecil )
  • 1 biji cili hijau, 1 biji cili merah dan sedikit halia (dihiris)
  • Garam secukup rasa.
  • sedikit minyak untuk menumis dan secawan air.
  • 1-2 sudu besar cili kisar ( nak letak boleh taknak pun takpe, saya letak sesudu jgn tidak he he..)

Cara menyediakan dan memasak:


  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.

  2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga
    naik bau dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga
    garing. masa ni boleh masukkan garam secukup rasa.


    Open uri20151010 29872 1iffjce

  3. Bila dah garing masukkan secawan air diikuti dgn bahan-bahan yang dihiris. Biar mendidih.


    Open uri20151010 29872 1rwb154

  4. Masukkan lokan yang telah di cuci bersih dan tutup sebentar. Rupa lokan tu cam gambar kat bawah ni...


    Open uri20151010 29872 1oipc4l

  5. Selepas lebih kurang 3 minit buka tudung dan boleh lihat
    kulit lokan dan terbuka..dah masak la tu..kacau sekejap bagi bahan2
    lain mesra dgn lokan tu...


    Open uri20151010 29872 icpuex

RESEPI MEE KARI KETAM 

Bahannya :-

  • 1 biji bawang merah besar*
  • 2 labu bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 biji bawang merah kecil*
  • 1 batang serai dihiris*(*dikisar bersama)
  • 2 s/b rempah kari ikan (saya guna baba's)
  • 2 s/b cili kering kisar
  • 1 biji kentang (direbus dan dilenyek)
  • 4 ekor ketam bunga (warna biru) dikerat dua
  • 4 biji tahu di goreng (potong kecil)
  • Rempah 4 sekawan(pelaga,bunga lawang,cengkih dan kayu manis)
  • 1 kiub perisa ayam
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 batang daun kari
  • 200 ml santan
  • Air secukupnya
  • Taugeh dicelur
  • Sawi dicelur
  • Mee kuning dicelur
  • Daun Sup
  • Bawang Goreng
  • Cili merah hiris
  • garam
Caranya :-
  1. Tumis bahan kisar dan rempah yg
    digaul bersama cili kering kisar bancuh dengan sesudu asam jawa, tumis
    sehingga naik bau wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau
    selalu. Tuang air secukupnya(lebih kurang 1000ml) kacau hingga mendidih.
  2. Masukan kentang lenyek dan santan serta kiub perisa ayam, kacau lagi hingga mendidih, masukan daun kari dan serai diketuk. 
  3. Kemudian masukan ketam , tauhu hiris (separuh ajer) dan perisakan garam. Jika kuah pekat boleh di tambah sedikit air.
  4. Cara menyediakan hidangan, letak mee
    kuning kedalam mangkuk tuang kuah, tabur cili hiris, bawang goreng,
    tauhu hiris, taugeh dan sawi.


EmoticonEmoticon

Blog Archive