Friday 26 October 2018

JEJAK PETUALANG 9 Des 2015 - SERBA BESAR DR PAPUA 3-1-ketam nipah,tiram bakau

-

Ketam nipah masak cili

 

Bahan-bahan


2 ekor ketam nipah - cuci bersih dan kerat dua
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato 
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
 
Cara-cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan ketam nipah dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. Terbalikkan ketam nipah sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati sehingga kuah menjadi likat dan bersalut dengan ketam.


EmoticonEmoticon

Blog Archive