Thursday 27 September 2018

Ikan Patin Temerloh





Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak.
Ikan patin sungai (patin liar) mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Ikan patin yang diternak di Malaysia biasanya dikenali sebagai Patin Kolam atau Patin Sangkar dan spesies Ikan Patin yang paling banyak diternak di Malaysia adalah dari spesies Pangasianodon hypophthalmus. Pangasianodon hypophthalmus yang terlepas dari kolam atau sangkar ternakan dan mula hidup liar di sungai-sungai adalah spesies invasif kerana ia menjejaskan kepelbagaian genetik ikan patin asal di Malaysia dan biasanya dikenali sebagai Patin Lawang atau Patin Siam.[perlu rujukan]
Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

  1. Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
  2. Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
  3. Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
    1. Patin Buah (Pangasius nasutus)
    2. Patin Muncung (Helicophagus wandersii)
    3. Patin Juara (Pseudolais micronemus, pernah dikenali sebagai Pangasius micronemus)

    Hibrid / Kacukan

    Patin Buah (Pangasius nasutus) yang terkenal dengan dagingnya yang berwarna keputihan dan manis agak sukar untuk diternak manakala Patin Buah liar kian berkurangan disebabkan oleh penangkapan ikan Patin Buah yang berlebihan. Untuk memuaskan permintaan pasaran di Malaysia, baka Patin Lawang (Pangasianodon hypophthalmus) yang cepat membesar dan senang diternak dalam kolam atau sangkar telah dikacukan dengan baka Patin Buah (Pangasius nasutus). Hasilnya, ikan Patin yang dikenali sebagai Patin Emas atau Patin Mas.[perlu rujukan]


EmoticonEmoticon

Blog Archive