Friday 7 September 2018

Nasi Ayam Istimewa


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Ayam
1 ekor ayam - pilih saiz besar
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
3 sudu besar madu
2 - 3 sudu besar sos tiram Maggi atau secukupnya
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah - opsyenal

Cara cara:
Masak air yang banyak hingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan ayam. Tutup periuk dan masak hingga ayam masak dengan menggunakan api yang besar.

Air rebusan ayam ini akan digunakan untuk membuat sup ayam. Cuma perlu tambahkan daun sup, lada sulah dan bawang goreng. Sesuaikan rasa. Saya suka sup yang simple macam ni jer.

Angkat ayam dan tos. Perap dengan bahan bahan perap selama 15 - 30 minit.

Gantungkan atau tos ayam selama 1 jam sehingga benar benar kering. Boleh dipanggang atau digoreng di dalam kuali.

Panaskan minyak yang banyak dan pastikan ianya telah betul betul panas. Masukkan ayam. Goreng dengan api sederhana sehingga ayam masak.

Jangan digoreng terlalu banyak dalam satu masa bagi memastikan ayam masak sekata. Goreng dalam 5-7 minit sahaja. Angkat dan toskan.

Bahan Nasi
3-4 pot beras
1 sudu kecil serbuk kunyit
Rempah penumis - 3 sekawan
1 kiub pati ayam Maggi
1-2 helai daun pandan
Lemak ayam secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Rendam beras dengan sedikit serbuk kunyit dalam 15 minit dan tos kan.

Masukkan lemak lemak ayam ke dalam kuali. Panaskan dan biarkan sehingga minyak ayam keluar. Buang bahagian lemak yang telah kering tadi.

Panaskan minyak ayam dengan sedikit minyak. Tumis rempah tiga sekawan dan bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun pandan. Setelah itu, masukkan beras dan digoreng seketika supaya ianya cantik berderai.

Kemudian masukkan air secukupnya. Biasanya sukatan air sama dengan sukatan beras yang digunakan. Masukkan kiub pati ayam dan pindahkan ke dalam rice cooker dan masak lah seperti biasa.

Sambal Cili

Bahan bahan:
5 tangkai cili yang saiz panjang - kalau saiz biasa guna 10
1-2 biji buah tomato - bergantung kepada saiz
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar gula pasir

Hiris bawang dan tomato, kemudian dikisar hancur. Tapi jangan terlalu hancur pula. Tak perlu masukkan air kerana tomato akan menghasilkan air. Hanya menggunakan blender secara pulse sahaja.

Panaskan bahan kisar atas dapur dengan api perlahan sehingga hampir mendidih. Nota: Biasanya saya tidak masak, hanya satukan semua bahan dan siap.

Masukkan cuka, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat.

Bahan bahan lain:
Salad
Timun
Buah tomato

Bolehlah dihidangkan nasi ayam dengan sayur sayuran untuk menjadikan makanan kita lebih seimbang dari segi khasiatnya.



.


EmoticonEmoticon

Blog Archive