Saturday 23 September 2017

Rezeki Rumah Rakit - Majalah 3



 Ikan Ketutu, belontok atau ikan hantu (bahasa Inggeris: Marble Sleeper atau Marble Goby dan dalam bahasa Kantonis Soon Hock), nama saintifiknya Oxyeleotris marmorata adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara.
Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air
iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong
tinggal. Haiwan ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun
demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia
lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya
apabila dikira sudah cukup hampir. Dengan warna dan coraknya yang
berceloreng itu membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan
bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu.
Ianya sangat aktif diwaktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat
persembunyian untuk mencari mangsa. Diet semulajadi ikan ini ialah
ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat.
Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap
apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya. Ikan ini boleh
dijerat dengan menggunakan bubu tradisional atau pun bubu yang direka
khas dengan menggunakan batang paip yang diletakkan umpan ikan hidup
seperti anak-anak ikan koi di dalamnya.https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Ketutu


EmoticonEmoticon