Thursday 21 June 2018

Real Cooking With Anis Nabilah - Episode 3 (Chicken Curry)



Resipi Kari Tanpa Santan

1. Bahan-bahan
 6-7 ketul ayam (jangan dipotong kecil)
Rempah 4 beradik
Pes halia dan bawang putih (rujuk gambar)
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Rempah kari ayam
Ubi kentang
Sedikit garam
3-4 tangkai cili padi (jika suka)
Tomato (jika suka)

2. Pes halia dan bawang putih yang ditumbuk.

3. Mulakan dengan menumis bawang putih, bawang merah yang dihiris bersama daun kari, rempah 4 beradik.

4. Kemudian masukkan ayam, biar seketika hingga ia separuh masak. Ayam akan lembut di dalam, garing di luar. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih tadi.

5. Masukkan rempah ayam.

6. Kemudian tuang sedikit saja air.

7. Gaul ayam dan kari tadi kemudian biarkan sekejap sampai pecah minyak.Inilah bahagian paling penting, jangan sampai hangus.

8. Selepas kari pecah minyak baru boleh masukkan air. Jangan banyak sangat nanti cari.

9. Waktu ini juga boleh masukkan ubi kentang atau tomato jika mahu.

10. Akhiri dengan memasukkan garam.

11. Kari yang dah siap.

Mengikut ahli grup MAHN yang mencuba resipi ini semuanya memuji keenakkannya. Ha apa lagi hujung minggu ni kita buat.



Sumber : Facebook Laily Kartini


EmoticonEmoticon