Thursday, 21 June 2018

Real Cooking With Anis Nabilah - Episode 3 (Chicken Curry)



Resipi Kari Tanpa Santan

1. Bahan-bahan
 6-7 ketul ayam (jangan dipotong kecil)
Rempah 4 beradik
Pes halia dan bawang putih (rujuk gambar)
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Rempah kari ayam
Ubi kentang
Sedikit garam
3-4 tangkai cili padi (jika suka)
Tomato (jika suka)

2. Pes halia dan bawang putih yang ditumbuk.

3. Mulakan dengan menumis bawang putih, bawang merah yang dihiris bersama daun kari, rempah 4 beradik.

4. Kemudian masukkan ayam, biar seketika hingga ia separuh masak. Ayam akan lembut di dalam, garing di luar. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih tadi.

5. Masukkan rempah ayam.

6. Kemudian tuang sedikit saja air.

7. Gaul ayam dan kari tadi kemudian biarkan sekejap sampai pecah minyak.Inilah bahagian paling penting, jangan sampai hangus.

8. Selepas kari pecah minyak baru boleh masukkan air. Jangan banyak sangat nanti cari.

9. Waktu ini juga boleh masukkan ubi kentang atau tomato jika mahu.

10. Akhiri dengan memasukkan garam.

11. Kari yang dah siap.

Mengikut ahli grup MAHN yang mencuba resipi ini semuanya memuji keenakkannya. Ha apa lagi hujung minggu ni kita buat.



Sumber : Facebook Laily Kartini

Wednesday, 20 June 2018

NASI BUTTER/NASI PLANTA DAHLIA'S KITCHEN



BAHAN BAHAN KISAR  ------------------------------------
2 Biji Bawang Besar
9 Ulas Bawang Putih
Sepotong Halia
Sebatang Serai BAHAN BAHAN LAIN
 -----------------------------------
4 Gayong/Cawan Beras Briyani (dicuci dan rendam 15min dan kemudian ditoskan)
 5 Cawan/Gayong Beras Air
1/2 Tin Susu Cair
 2-3 Ketul Gula Batu
 3/4 Butter atau 5 Sudu Besar Penuh Planta
1 Biji Bawang Besar (dihiris)
2-3 Btg Lada hijau Daun pandan
Rempah Tumis (kayu Manis 1 btg,
 Bunga Cengkeh, Bunga Pekkak dan Bunga Lawang)
 Daun Pudinah
 Daun Ketumbar
 Cara Cara masak sila rujuk pada video.

Tuesday, 12 June 2018

Biskut Cip Oat | iCookAsia | Resepi Ramadan & Hari Raya

Sunday, 10 June 2018

Pineapple Tart | Asian Traditional Cookie | iCookAsia

Thursday, 7 June 2018

Thosai | Try Masak | iCookAsia



Bahan-bahan untuk membuat tosei adalah:
1) 1 cwn beras (direndam 8 jam)
2) 1 cawan aluthu (direndam 8 jam)
3) 1 cawan nasi
4) 1 cwn air
5) garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Chutney Kelapa atau Sambal kelapa adalah:
1) 1 cawan kelapa parut putih
2) 1 sudu besar air asam jawa
3) garam secukup rasa
4) 3 batang cili hijau
5) 3batang cili padi
6) 2 tangkai daun kari
7) 1 inci halia
8) 1 ulas bwg putih
 9) 3 ulas bawang merah
Bahan tumisan pula adalah seperti berikut :
1) 1 tangkai daun kari
2) 3 tangkai cili kering
3) 1sudu kecil biji sawi
4) 1 sudu kecil uluthuparpu
5)3 sudu besar minyak masak untuk menulis
Untuk menyediakan Chutney Kelapa atau Sambal kelapa.
Mula-mula panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan  biji sawi, daun kari, uluthu parpu dan cili kering.tumis sehingga naik bau. Ketepikan sebentar.
Kemudian, masukkan cili hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, air asam jawa, kelapa parut putih dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar.Kisar sehingga halus.
Selepas itu campurkan dengan bahan tumisan tadi. Ketepikan dahulu.
Bahan-bahan untuk membuat Mint Yogurt pula:
1) 5 tangkai cili padi
2) 1 sudu kecil biji sawi
3) sedikit air perahan limau nipis
4) garam & gula secukupnya
5) 1 cawan yogurt
6) segengam daun pudina
7) 3 tangkai daun ketumbar
Untuk menyediakan  mint yogurt, masukkan daun pudina, daun ketumbar, yogurt, biji sawi, cili padi, air perahan limau nipis, garam dan gula ke dalam mesin pengisar.
Kisar sehingga halus dan ketepikan dahulu.
Untuk menyediakan tosei, mula-mula kisar beras di dalam mesin pengisar sehingga halus.
Kemudian masukkan aluthu, beras yang telah dikisar, nasi, garam dan gula bersama sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur dan perap selama 8 jam.
Setelah itu, panaskan kuali, letakkan sedikit adunan dan ratakan hingga menjadi nipis.Tunggu hingga masak & garing kemudian lipat dua dan boleh diangkat.
Tosei sedia dinikmati bersama chutney kelapa dan mint yogurt. Selamat mencuba!http://www.icookasia.com/thosai/

Tuesday, 5 June 2018

Resepi Stew Daging Kambing ala Arab | iCookAsia | TryMasak

 Bahan – bahan: 
  • 2 sudu besar minyak
  • 1 kg kambing
  • 4 cengkih
  • 3 batang kayu manis
  • 10 biji lada hitam
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 biji cengkih
  • 2 tomato
  • 2 sudu besar serbuk santan S&P
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air panas
  • 1 kiub daging
  • 4 sudu besar pes tomato
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar halia
  • Daun ketumbar
Cara membuatnya: 
  1. Gaul daging kambing bersama garam dan paprika. Biarkan untuk 20 minit untuk perap.
  2. Dalam blender, blend tomato, daun ketumbar, halia dan serbuk santan S&P.
  3. Dalam periuk, masukkan 2 sudu besar minyak dan masuk daging kambing yang diperap.
  4. Kemudian, masukkan kayu manis, lada hitam, buah pelaga, cengkih, pes tomato dan bahan yang dikisar tadi. Masak sehingga pekat.
  5. Masukkan stok daging (kiub daging yang dilarutkan dalam air panas). Tutup periuk dan biarkan masak selama 35-45 minit.https://tinyurl.com/y9mtnxjt

Sunday, 3 June 2018

Vadai | Try Masak | iCookAsia

Saturday, 2 June 2018

Resepi Mee Bandung | Try Masak | iCookAsia


Bahan-bahan
15-25 tangkai cili kering
1 labu bawang putih
2 bijik bawang besar
130gm udang kering (boleh tambah jika suka)
 8 ekor udang basah
 150gm daging (rebus, hiris dan simpan airnya)
 Sayur (bunga kobis, lobak ,sawi - potong ikut suka)
 2 sudu besar gula
3-4 cawan air rebusan daging tadi
2 sudu besar sos tiram Telur ayam untuk hidangan
1 paket mee kuning
 5 sudu besar minyak masak
Garam perasa dan gula secukupnya.
 1 biji tomato
 200gram keledek rebus dilecek

Cara membuat
 1. Udang kering di rebus sebentar
 2. Masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih, gula,udang kering dan air rebusan udang ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga halus
 3. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tersebut. Sementara itu hiris daging dan ketepikan dahulu 4. Masukan sos tiram dan air rebusan daging
 5. Masukan udang basah daging hiris kemudian perasakan
6. Akhir sekali masukkan dan sayur2an kobis bunga, lobak, sawi, garam, tomato, keledek rebus, telur dan mee kuning. Siap untuk dihidangkan

Friday, 1 June 2018

Daging Rendang Kerisek | Try Masak | iCookAsia


Resepi Rendang Ayam Kelantan


 Ingredients

    1 ekor ayam dipotong pada saiz sederhana
    4 helai daun limau purut
    4 batang serai diketuk
    2 cawan pati santan
    1 keping asam gelugor
    2 helai daun kunyit dimayang halus
    garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

    12 biji bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 1/2 inci halia
    1/2 inci kunyit hidup
    10 tangkai cili merah

 Instructions

   1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai titik dan bahan kisar.
   2. Kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
    3.Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut sedikit.
    4.Masukkan pati santan, asam gelugor dan daun limau purut, kacau dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masak hingga pekat.
    5.Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata.
   6. Bila rendang kering (tapi masih lembap dan bekuah sedikit), masukkan hirisan halus daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.https://tinyurl.com/y99kj7nc