Sunday 19 November 2017

Tawau.. Syurga Makanan Laut - Majalah 3





KOTA KINABALU- Sabah yang kaya dengan sumber perikanan dan marin merupakan syurga makanan laut (seafood heaven) di negara ini, kata Presiden Malaysia-China Chamber of Commerce (MCCC) Cawangan Sabah, Datuk Frankie Liew. Frankie berkata keistimewaan Sabah sebagai syurga makanan laut perlu dipertahankan kerana ia merupakan salah satu daya tarikan pelancong selain keindahan alam semulajadi yang dimiliki negeri ini. “Keistimewaan Sabah yang kaya dengan sumber perikanan menyebabkan ia jadi pilihan pelancongan asing terutama dari China, Jepun, Korea, Hong Kong, Amerika Syarikat dan lain-lain datang melawat Sabah semata-mata mahu menikmati makanan laut Sabah yang segar”, katanya. Beliau berkata kepada pemberita setelah merasmikan Restoran Makanan Laut baharu- Ocean City Seafood Restaurant di Star City, disini, hari ini. Dalam masa sama, beliau mengalu- alukan langkah kerajaan negeri melarang pengeksportan ikan-ikan segar dan hidup amat dialu-alukan kerana pelancong asing dan juga rakyat Sabah berpeluang menikmati bekalan makanan laut yang segar. Sementara itu, Pengarah Ocean City Seafood Jack Loh berkata restoran itu beroperasi mulai 20 Disember 2016 dan kini menawarkan harga istimewa untuk hidangan ketam dan udang sehingga 15 Januari 2017.-SayangSabah Baca selanjutnya di Sayang Sabah - https://www.sayangsabah.com/sabah-syurga-makanan-laut-frankie/



EmoticonEmoticon