Friday 17 November 2017

Jenguk Dapur - Gobang Maju Patin Tempoyak

..

 Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

Masak Tempoyak Ikan Patin Versi Asli Temerloh
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam

Cara cara:
Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.  Nota:
Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.http://www.aziekitchen.com/2014/01/masak-tempoyak-ikan-patin-resepi-asli.html



Ikan Patin Masak Tempoyak Versi Perak

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin @ mana2 ikan sungai yang kome suke
4 biji cili merah
2 senduk tempoyak (saiz sedang)
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - kakG tambah
1 batang timun - jika suka (kakG suka guna taugeh kasar)
3-4 gelas air atau mengikut yang disukai
Garam
Secubit gula

Cara-cara:
Blender kasar cili merah atau ditumbuk kasar. Kemudian satukan semua sekali bahan termasuk ikan dan timun/taugeh kasar dengan air secukupnya. Petua dolu-dolu bahan bahan mesti digaul sebati dengan menggunakan tangan.

Masak dengan api perlahan sehingga ianya mendidih dan merenih dengan agak lama.

Masukkan sedikit garam dan secubit gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.http://ramuanbonda.blogspot.my/2015/10/ikan-patin-masak-tempoyak-versi-perak.html


EmoticonEmoticon