Thursday 16 November 2017

Itik Jelapang Padi - Majalah 3

 Resepi Itik Panggang

 Resepi : Itik Panggang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor itik - bersihkan & toskan sehingga kering
5 cm halia - diketuk
7 biji bawang putih - ketuk
2 sudu makan mentega

Bahan pemerap:
1 sudu makan lada putih - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 cm halia - tumbuk
1 sudu teh five spices
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu
2 sudu makan kicap manis Cap Kipas Udang
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa

Cara:
1. Rebus itik bersama halia dan bawang putih ketuk sehingga empuk.
2. Keluarkan itik dan toskan seketika.
3. Lumurkan seluruh daging itik dengan bahan pemerap dan biarkan seketika.
4. Panggang itik di dalam oven menggunakan api sederhana selama 30 minit. Lumurkan dengan mentega sekiranya kulit itik kelihatan mengering. Jika suka kulit itik yang garing, boleh panggang lebih lama.http://salamisimon1.blogspot.my/2013/02/itik-panggang.html


EmoticonEmoticon