Friday, 13 January 2017

Mampukah Kami Habiskan Seekor Kambing?

..
RESEPI NASI MANDY KAMBING


Bahan-Bahan:

400 gm beras basmathi
1 sdb rempah serbuk mandy
Rempah tumis( sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,buah limau kering,bunga cengkih)
1 1/2 kg kambing (daging dan tulang)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 sdb minyak masak atau minyak sapi ~ k.nor guna minyak sapi
garam

Cara:
Kambing
Rebus kambing sehingga betul-betul empuk (tanpa garam)
Asingkan daging kambing ke dalam bekas yg lain. Ketepikan.
Masukkan Satu sudu steel semasa merebus untuk mengempukkan daging dgn cepat. Sebelum tu potongan kambing basuh dan perap dengan tepung yang dicampur dgn sedikit air utk menghilangkan bau hamis kambing. Kemudian toskan)

Nasi Mandy
1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau. (Perwarna bolih gantikan dgn saffron)
5. Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk.
6. Tanak dalam rice cooker sehinnga masak.

Tumis rempah ratus  dalam periuk nasi tapi menggunakan api dapur. kemudian baru diletakkan dlm rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
daun ketumbar
garam

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.

Salad Arab
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
garam dan sedikit serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan gaul rata.


Sumber: http://lynk.my/DcQv

Wednesday, 11 January 2017

Makanan yang halal di Busan, Korea (Hahal food in Busan, Korea / 부산의 할랄 음식)

..

Resepi Kimbap Korea

Bahan rice roll:
450 gram nasi
1.5 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil garam
5-6 helai kim / Nori ukuran kira-kira 18×21 cm
Minyak bijan untuk olesan
Wijen sangrai untuk taburan
Bamboo mat (penggulung sushi) untuk membantu menggulung dan mengetatkan gulungan.
Bahan isi:
250 gram daging ayam fillet atau daging lembu, potong-potong memanjang (boleh juga pakai tuna dalam tin atau crabstick)
1 ulas bawang putih, haluskan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil gula pasir
Garam dan lada secukup rasa
—> Campur daging ayam / daging lembu dengan semua bumbu, aduk rata dan marinade selama 15 minit. Tumis dengan sedikit minyak goreng hingga matang.
3 butir telur, kocok lepas
sedikit garam
—> Didadar hingga matang kedua sisinya tapi jangan sampai coklat.
1 buah wortel saiz besar, potong korek api
sedikit garam
—> Tumis dengan sedikit minyak goreng hingga agak layu. Beri garam.
Pokcoy / bayam
Blansir (blanch) pokcoy / bayam di air panas hingga layu dan warnanya cerah. Angkat, bilas dengan air sejuk. Beri sedikit garam dan minyak bijan.
Manisan lobak kuning bentuk jalur, longkang
Gosari / pakis (bila menggunakan yg segar diblansir dulu, bila menggunakan yg kering direndam dulu, bila menggunakan yg pikel bilas dengan air dan peras).


Cara membuat:
1. Sediakan bahan isian selagi nasi dimasak.
2. Masak nasi dengan menggunakan air yang lebih sedikit jumlahnya dari memasak normal. Jangan lupa untuk memakai jenis beras yang lebih lembut, bukan yang pera. Saya menggunakan beras Korea.
3. Setelah matang, angkat dan pindahkan ke bekas, aduk-aduk. Beri garam dan minyak bijan. Aduk hingga merata. Cicipi rasanya, sesuaikan dengan selera.
4. turun bamboo mat, letakkan sekeping kim / Nori di atasnya (bahagian yang berkilat di bawah) dengan sisi yang lebih panjang mengikut gulungan.
5. Ratakan nasi di atas kim / Nori dengan menggunakan sudu sambil sedikit ditekan-tekan.
6. Tata isian di atasnya, sisakan space di bahagian yang dekat dengan kita untuk menutup isian masa pertama melipat gulungan. Tata isian bertumpuk agar tidak terlalu menghabiskan space.
7. Gulung dan ketatkan dengan bamboo mat agar nasi padat dan melekat dengan baik. Lakukan sehingga semua bahan habis.
8. Poles permukaan kim / Nori dengan minyak bijan, beri wijen sangrai sambil sedikit ditekan agar melekat. Potong-potong dengan pisau tajam yang disapu sedikit minyak / minyak bijan agar tidak melekat.
9. Bersedia disajikan atau dibawa untuk bekal.

Tuesday, 10 January 2017

Makan Sotong Mentah, King Crab? | Korea Pt. 1

,,,

Kami singgah di Noryangjin Fish Market baru-baru ini untuk melihat sendiri kemeriahan pasar ikan yang berusia puluhan tahun ini. Terdapat 2 pasar di sini; Baru dan juga lama. Pasar yang baru lebih bersih dan teratur.

Anda boleh pilih pelbagai jenis makanan laut di bahagian bawah pasar ini, kemudian bawa ke tingkat atas untuk dimasak di restoran. Setiap restoran mempunyai harga yang berbeza, mereka akan caj untuk setiap jenis masakan yang anda mahu.

Resepi Bulgogi Beef Korea

Bahan:
– 350 gram daging lembu daging pinggang atau prime beef lain 

(sedikit lemak dan urat), dihiris nipis yang mungkin
Perapan:
– 2 sudu makan kicap
– 3 sudu makan air
– 2 sudu makan gula pasir
– 1 sudu makan madu
– 1/2 sudu makan minyak bijan
– 1 sudu makan bijan sangrai / panggang
– 1 batang daun bawang, rajang halus
– 3 ulas bawang putih, dicincang halus
– 1 sudu teh lada hitam
– 1/2 sendok teh kaldu bubuk (opitional)
Cara membuat:
Untuk memudahkan agar kita bisa menghiris daging nipis yang mungkin maka masukkan daging ke freezer hingga setengah beku, kemudian dengan menggunakan pisau tajam iris daging nipis yang mungkin.
Siapkan mangkuk, masukkan semua perapan, aduk hingga rata dan larut. Masukkan daging lembu yang telah dihiris nipis. Aduk rata. 
Tutup permukaan mangkuk dengan plastic wrap atau penutup lain. Rendam daging dalam bumbu selama sekurang-kurangnya dua jam di dalam peti sejuk.
Siapkan kuali besi / hot plate atau boleh menggunakan kuali rata anti lengket yang ada. Panaskan hingga benar-benar panas. Tuangkan daging dan semua rempah perapan ke kuali. Masak daging di kuali 
atau panggangan hingga matang, sambil dibalik-balik. Jika anda menggunakan hot plate maka proses ini tidak memakan masa lama.
Saat daging telah matang dan empuk, perapan telah habis, matikan api. Taburkan bijan panggang dan daun bawang, aduk rata. Sajikan bulgogi panas-panas langsung dari hot plate ditemani dengan nasi putih panas. Yummy!
sumber: http://lynk.my/D55N

Monday, 9 January 2017

Kenyang Teruk Makan Di Medini's Korean BBQ ��

...

Baru-baru ini kami singgah di Medini's BBQ Restaurant untuk mencuba sendiri Korean Style Barbecue mereka. Memang puas hati makan di sini lebih-lebih lagi dalam suasana yang begitu selesa dan aman. 

Kami sarankan anda peminat makanan Korea untuk cuba set buffet mereka kerana apa yang anda akan dapat sangat berbaloi. Makanan laut yang segar ditambah pula dengan 6 jenis sos yang padu, fuhh tak mungkin anda akan cari tempat makan Korean BBQ yang lain.

Halal. Ya, memang Korean BBQ di sini halal dan jangan risau. Siapa nak makan buffet sampai kenyang boleh datang pukul 6 dan ke atas. Tapi siapa nak pekena dulu masa lunch, Medini's juga sediakan set lunch.

 Resepi Masakan Korea Jajangmyun

BAHAN-BAHAN:
600g mie basah
100 g daging lembu
2 buah bawang bombai
1/2 buah Zukini
2 buah kentang
1 sudu besar gula pasir
4 sudu besar air sagu
2 gelas air
7 sudu besar minyak
6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang
CARA MEMBUAT SOS JAJANGMYUN:
Sos jjajangmyun dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut 
chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan 
daging merah atau makanan laut. Ketika memasak sos biasanya 
ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung 
jagung) agar sos jadi kental. Pes kacang soya (chunjang) dibuat 
dari kacang soya yang dipanggang (dibakar). Oleh kerana itu, jajang 
mengandung arti sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak 
dengan cara direbus.


CARA MEMBUAT JAJANGMYUN:
Potong daging
Potong dadu bawang bombai, kentang, dan Zukini
Goreng sos Jajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak
Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombai
Kemudian masukkan daging lembu, Zukini, dan kentang
Setelah bahan-bahan itu matang masukkan sos yang sudah digoreng
Aduk-aduk supaya sama rata lalu tuangkan air sagu
Setelah dididihkan selama 5 minit lagi matikan api.
Rebuslah mie lalu bilas dengan air.
Taruh mie dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.
Sajikan jajangmyun bersama dengan lobak masin kuning.

Sunday, 8 January 2017

Lintas Jalan, Nasi Goncang Di Korea?



Resepi Ramen Korea

Bahan Utama:

200 gr Mie ramen yang sudah direbus
Bahan Kuah Ramen Korea:
3 batang sawi hijau (potong-potong)
100 gr daging sukiyaki
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu makan sos sambal
1 sudu makan kicap
1 sudu makan minyak ikan
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan minyak goreng
1/4 sudu teh lada serbuk
1/2 sudu teh cili merah serbuk
1 cm halia (haluskan)
5 buah cabe rawit merah (haluskan)
2 buah cabe merah besar (haluskan)
garam secukup rasa
600 ml pati ayam
1 sudu teh tepung meizena (larutkan dengan sedikit air)

Bahan Pelengkap:
telur rebus
cendawan
bawang perai yang dihiris halus
Cara Membuat Ramen Korea:
Tumis bumbu yang dihaluskan dengan minyak goreng dan minyak bijan hingga harum
Masukkan daging sukiyaki kedalam rempah tumis, aduk hingga berubah warna
Tuang pati ayam lalu masukkan semua bahan lain kemudian masukkan
tepung meizena yang sudah dilarutkan dengan air, tunggu hingga mendidih
Masukkan mie ramen kedalam kuah, aduk hingga merata lalu diangkat
Tuang ramen kuah pedas kedalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan

sumber: http://lynk.my/D55N

Friday, 6 January 2017

Makanan Halal Di Korea Yang Anda Boleh Dapatkan

,,,

Siapa kata di Korea susah mahu cari makanan halal?

Resepi Masakan Korea Tteokbokki


Bahan-bahan:
500gr Sticky Rice Sticks Cake (Anda boleh membelinya di Supermarket Korea)
1 Bawang, dihiris
3 Bawang hijau, potong panjang 3 inci
1package daripada Shimeji Cendawan (sekitar 200gr)
3cups Air
1package Dashi (atau ikan bilis dan Kelp, jika anda mempunyai)
3tbsp gochujang (Korean Hot Pepper Paste)
1 sudu besar cili Flakes
1sudu besar Corn Syrup (atau Gula)
Sos 1sudu besar Soy
3tbsp Madu
200gr Mozzarella Cheese
Arahan:
1. Rebus air dalam periuk, tambah Dashi, gochujang, Chili Flakes.
2. Masukkan kayu Rice Cake, bawang, bawang hijau, sirap jagung, kicap, madu. Kacau perlahan-lahan, kira-kira 5 minit.
3. Masukkan Shimeji, dan kacau sehingga 10 minit, atau sehingga sos pekat dan melembutkan kek beras. Jika anda merasa terlalu pedas anda boleh menambah lebih madu, jika anda mahu lebih pedas, hanya tambah gochujang itu.
4. Panaskan ketuhar kepada 250 ° C, meletakkan Tteokbokki kepada oven-bukti kuali atau hidangan. Parut beberapa keju Mozarella di atas, dan dimasukkan ke dalam ketuhar selama 5 – 10 minit, atau hanya sehingga keju cair.
5. Keluarkan dari ketuhar, berkhidmat dan menikmati semasa ia panas!

sumber: http://lynk.my/D55N

Thursday, 5 January 2017

15 Jenis Makanan Sihat Untuk Pesakit Buah Pinggang

...

15 Jenis Makanan Sihat Untuk Pesakit Buah Pinggang

Jika anda sedang menjalani dialisis atau mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik, anda akan gembira mengetahui bahawa terdapat banyak makanan yang berkhasiat dan mengandungi antioksida untuk kesihatan buah pinggang. Pesakit buah pinggang yang mengalami keradangan mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada penyakit kardiovaskular berbanding tanpa masalah buah pinggang.Jika anda mempunyai penyakit buah pinggang, anda harus berunding dengan pakar diet khas untuk buah pinggang dan mengikuti diet yang sesuai. Pelan makananan yang sesuai boleh membantu anda meningkatkan pengambilan nutrien dan antioksida.


12 Makanan Yang Membantu Mengawal Paras Gula di dalam Darah untuk Diabetes



1. Bawang Putih :

Bawang putih mengandungi allicin dan flavonoid yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan memberikan perlindungan imuniti badan.
Bergabung dengan Vitamin B1 (Thiamin) ia membantu pankreas merembeskan insulin dengan baik di dalam badan.





2.Ikan Salmon :

Ikan salmon kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras gula di dalam darah dengan meningkatkan sensitiviti badan terhadap
tindakan insulin.


3.Lemon:

Lemon mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan membantu merendahkan skala glisemik di dalam darah.





4.Avocado

Avocado mengandungi lemak buah-buahan yang meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin. Pesakit diabetes dicadangkan mengambil 45-60 gram avocado untuk setiap hidangan untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah.



5.Kekacang

Kekacang seperti seperti badam, cashews,walnut dan kacangtanah membantu badan meningkatkan kerintangan ke atas insulin.


6. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis kaya dengan antioksidan, boleh dikisar untuk
dijadikan rempah masakan mahupun dimasukkan sedikit ke dalam air
untuk diminum.



7.Bijirin Oat :

Oat mengandungi serat beta-glucan yang membantu merendahkan gula dalam darah dan membantu mereka yang ingin kurus.





8.Ubi Keledek :
Ubi keledek dipercayai mengandungi antioksidan dan vitamin B6 yang tinggi yang bagus untuk kesihatan.
Mengandungi serat yang tinggi berbanding ubi kentang yang lain, ia juga mempunyai nilai glisemik yang rendah.
Ubi keledek mempunyai kesan positif terhadap kerintangan badan terhadap insulin.



9.Peria :

Nutrisi phytokimia di dalam sayur peria yang pahit membantu badan menurunkan paras gula dalam badan.



10.Epal :

Kajian mengatakan dengan memakan 2 biji epal sehari dapat
mengurangkan risiko diabetes jenis kedua dan menurunkan paras gula
di dalam darah.



11.Teh Hijau :

Teh hijau mengandungi antioksidan tinggi yang sangat bagus untuk kesihatan. Teh hijau menjadi amalan masyarakat Cina dan Jepun dalam menurunkan kadar gula di dalam darah dan mengelakkan diabetes.


12. Soya :
Soya dicadangakan oleh para doktor sebagai diet yang dapat
mengurangkan paras gula dalam darah kerana ia mengandungi protein
yang lengkap tanpa kolesterol dan kurang lemak. Soya dapat
mengurangkan risiko diabetes jenis kedua.

Sumber:http://adf.ly/1iuS1n

Tip Diet Permulaan Untuk Pesakit Hemodialisis-Buah Pinggang

Wednesday, 4 January 2017

Halal and the Flavors of Islam with Dawn O'Porter: Soul Food (Episode 2)

...
Dawn O’Porter is back for another episode of Soul Food, and this time she is out to uncover what’s so hot about Halal. She finds delectable delicacies at The Halal Guys food cart and an intimate family dinner, and learns about the relationship between food and religion from a respected Imam, but things get more complicated for Dawn when it's time to visit a Halal slaughterhouse.

Tuesday, 3 January 2017

Gerai Pak Hassan Kg Baru: Roti Canai + Kaki Ayam & Nasi Lemak

,,


ROTI CANAI CHEESE


Bahan2nya
500 g tepung gandum
2 camb tepung roti
3/4 cawan air suam..tambah sedikit jika adunan masih keras
2camb susu pekat-bancuh bersama air
1 camb majerin
1 camb minyak sapi
1 biji telur-saiz kecil
1/2 camt garam
1/4 camt soda bikarbonat

Untuk tabur diatas roti canai
beberapa keping cheese-dipotong 6-8 setiap keping
susu pekat manis

Cara2nya
Sapukan keliling bekas dgn majerin dan minyak sapi.Masukan tepung,garam dan soda bikarbonat.Gaul dan ramas adunan dengan minyak sapi.Masukan air bersama susu  sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.Tambah sedikit lagi air jika adunan masih lagi keras.Uli  sehingga adunan tidak melekat dijari.Bahagi adunan kepada 12-16 mengikut kehendak masing2.Bulatkan adunan,sapu sedikit majerin.Tuang sedikit minyak didalam bekas,supaya tidak melekat.Perapkan 2-4 jam.Canaikan,letakan kepingan cheese,percikan sedikit susu pekat,tutup.Bakar dengan sedikit minyak.Alih2kan ,biar hingga masak.

Resepi Kuah Kari Dhal 

Bahan-bahannya:

1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk) 
1 cawan ayam ~ dipotong kecil-kecil (bahagian tulang pun takpe, untuk maniskan kuah aje.. kalau nak masukkan isi-isi pun boleh..) 
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci 
1 batang carrot ~ potong ikut suka
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis 
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis 
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus 
1 tangkai daun kari 
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan 
1 sudu kecil serbuk kunyit* 
1 sudu besar serbuk kari daging* 
1 sudu besar serbuk jintan putih* 
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika tak mahu pedas) 
garam & perasa secukupnya 
minyak untuk menumis 
air secukupnya untuk kuah 
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes) 
Cara Buat Kuah Kari Dhal  

1. Rebuskan kacang dhal yang direndam tadi hingga kembang dan agak-agak nampak nak pecah sikit. 

2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah-rempah tadi. Kacau rata dan biar wangi. 

3. Masukkan ayam dan kacau kejap, kemudian masukkan air. Biar ayam masak sekejap. 
4. Biar mendidih dan akhir sekali masukkan bahan-bahan ini dalam periuk kacang dhal yang direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah dan juga kacang panjang. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Biar mereneh ikut kepekatan yang anda suka, (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)




Sumber: http://lynk.my/Lr8P

Monday, 2 January 2017

Jalan Jalan Cari Makan 3

,,,
Resepi Keropok Lekor Cheese

Bahan-Bahan Keropok Lekor :
- 1 kg ikan selayang atau ikan sardin
- 1 cawan tepung ubi kayu atau tepung sagu
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
-1/2 sudu kecil baking powder
-1mangkuk kecil Halal cheese Powder yg telah dibancuh
Cara Menyediakan
- Asingkan ikan daripada tulang dan blander ikan dengan menggunakan blender kering sehingga ikan hancur.
- Dalam bekas besar, masukkan ikan yang siap di blender tadi.
- masukan tepung , garam dan gula.
- Uli sebati.apabila sebati,leperkan dan masukkan keju dan bentukkan ikut kesukaan.
- rebus selama 15-30 minit,boleh digoreng atau dimkn begitu shj..
Sos pencicah keropok lekor
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
3 sudu makan cili kisar
Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
2 gelas air
Cara Membuat:
1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, cili, garam, belacan dan air asam jawa.
2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama keropok lekor.