Showing posts with label CHAR KOETEOW PENANG. Show all posts
Showing posts with label CHAR KOETEOW PENANG. Show all posts

Monday, 2 January 2017

Jalan Jalan Cari Makan 3

,,,
Resepi Keropok Lekor Cheese

Bahan-Bahan Keropok Lekor :
- 1 kg ikan selayang atau ikan sardin
- 1 cawan tepung ubi kayu atau tepung sagu
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
-1/2 sudu kecil baking powder
-1mangkuk kecil Halal cheese Powder yg telah dibancuh
Cara Menyediakan
- Asingkan ikan daripada tulang dan blander ikan dengan menggunakan blender kering sehingga ikan hancur.
- Dalam bekas besar, masukkan ikan yang siap di blender tadi.
- masukan tepung , garam dan gula.
- Uli sebati.apabila sebati,leperkan dan masukkan keju dan bentukkan ikut kesukaan.
- rebus selama 15-30 minit,boleh digoreng atau dimkn begitu shj..
Sos pencicah keropok lekor
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
3 sudu makan cili kisar
Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
2 gelas air
Cara Membuat:
1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, cili, garam, belacan dan air asam jawa.
2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama keropok lekor.

Wednesday, 14 December 2016

WARONG HUNTER | PALMA CHAR KOETEOW PENANG

,,,

Resepi Penang Char Kuey Teow

Bahan-Bahan :

Bahan untuk Pes :

200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)
250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis

*2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
*1 sudu kecil gula
*** Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk Mee :

300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)
1 sudu besar cili boh
Kerang
Sedikit kucai & taugeh
1 biji telur

Cara Membuat Pes :

1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

2. Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.

3. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.

4. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.

5. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.

Cara Menggoreng Mee :

1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).

2. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

3. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.