Saturday, 10 December 2016

Kari Kepala Ikan Hunt Kuala Lumpur

,,,

UiTM Shah Alam student on Kari Kepala Ikan (Fish Curry) hunting in Kuala Lumpur



KARI KEPALA IKAN MAMAK (TANPA SANTAN)

Bahan Utama :
Kepala ikan.
Boleh gunakan Ikan Merah atau Ikan Jenahak.

Bahan kisar :
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu kecil lada hitam

Bahan Mayang :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Bahan-bahan lain :
5 sudu besar rempah kali ikan
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil halba
2 biji cili merah
Bendi
Boleh tambah sendiri :
Terung
Tomato

Panaskan minyak. Tumis bahan mayang bersama halba sehingga naik bau.
Setelah agak layu, masukkan bahan kisar dan cili kisar. Gaul rata.
Masukkan pula rempah kari.
Masak sehingga rempah betul-betul masak dan naik minyak. Jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.
Setelah rempah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa. Sukatan air ikut kepekatan kuah yang diingini.
Setelah kuah mendidih, masukkan cili merah dan bendi.
Kemudian masukkan kepala ikan.
Jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur. Boleh perasakan gula dan garam.


EmoticonEmoticon