Sunday, 13 January 2019

UNTUNG KE TAK UNTUNG KALAU BUAT DROPSHIP DI SHOPEE?




Kebiasaannya, ramai yang sarankan untuk anda yang baru bermula dalam bidang bisnes ni untuk jadi dropship dulu. Sebab apa?

     Tak perlu keluarkan modal yang besar
     Tak perlu simpan stok
     Tak perlu ada produk sendiri
     Tak perlu lakukan kempen pemasaran yang gila-gila

Tak berapa jelas point-point di atas? Relax. Saya akan explain satu-satu. Ok?

TAK PERLU KELUARKAN MODAL YANG BESAR

Modal tu sebenarnya tetap anda perlu keluarkan bila anda berbisnes ni. Idea, masa, tenaga dan wang ringgit tu sebenarnya sebahagian daripada modal yang anda perlu keluarkan.

Bezanya dengan dropship ni adalah, modal wang ringgit tu mungkin anda perlu keluarkan sedikit atau tak perlu langsung. Bila masanya modal wang ringgit jadi sedikit dan bila pula masanya tak perlu langsung?

Kalau anda merupakan seorang yang famous di media sosial, berkulit cantik, muka handsome, dan sado, kalau anda pandai memanfaatkan kelebihan diri anda, anda tak perlu keluarkan modal wang ringgit untuk buat dropship ni.

Tapi, kalau anda bukan termasuk dalam kategori tersebut, cara lain yang ada adalah menerusi kempen pemasaran berbayar. FB Ads, Google Ads, Instagram Ads dan sebagainya mungkin penyelesaian terbaik buat anda.

TAK PERLU SIMPAN STOK

Kadang-kadang, ada juga pembekal yang memberikan syarat untuk anda membeli 3-12 unit atau lebih produk sebelum anda boleh menjadi dropship produk tersebut. Biasanya, anda akan jadi over excited dengan janji-janji manis bahawa produk tersebut akan meletup dan mudah untuk anda promote.

Realitinya, kalau anda tak tahu macam mana nak pasarkan produk anda, anda still takkan dapat buat sales. Nak berjaya dengan dropship ni mudah kalau anda gunakan platform macam Shopee. Kenapa Shopee? Nanti saya terangkan.

TAK PERLU ADA PRODUK SENDIRI

Haa.. Yang ni pun antara sebab terpenting kenapa anda patut buat dropship. Biasanya, yang akan membantutkan impian anda untuk memulakan bisnes adalah, anda tak tahu nak jual apa. Setuju?

Kalau anda tahu nak jual apa, masalah seterusnya yang akan timbul adalah, anda tak ada produk tersebut. Nak buat produk sendiri ni sebenarnya makan masa dan modal yang sangat banyak.

Kenapa nak susah-susah sedangkan anda boleh je promote produk orang lain sebagai dropship. Lagi-lagi sekarang ni ada pula platform macam Shopee yang memang memudahkan anda selaku dropship untuk buat sales kencang.


TAK PERLU LAKUKAN KEMPEN PEMASARAN YANG GILA-GILA

Ada dua sebab kukuh yang menyokong statement ni. Satu, owner/pembekal biasanya akan melakukan kempen pemasaran. Ramai yang akan ada awareness mengenai produk tersebut dan anda cuma perlu bertindak sebagai penjual yang memudahkan mereka untuk memiliki produk tersebut sahaja.

Sebab yang kedua pula hanya valid dengan Shopee sahaja. Kos ads dengan menggunakan Shopee adalah berkali-kali ganda lebih murah berbanding dengan platform lain.

Yang lagi best bila anda gunakan platform Shopee ni adalah, kesemua yang melayari Shopee memang dah plan untuk membeli. Tak sama dengan Facebook yang mana iklan anda akan naik kepada semua orang yang anda target dan bukan kesemuanya dalam mood membeli. Maybe ada yang saja-saja je buka Facebook, tengah cari informasi dan sebagainya yang bukan membeli.

Sebab tu kalau ada yang tanya saya untung ke tak untung kalau buat dropship di Shopee ni, jawapan saya cuma satu. Sangat-sangat untung! Kalau anda nak tahu cara terbaik untuk anda buat untung gila-gila sebagai dropship di Shopee, anda boleh KLIK SINI.



EmoticonEmoticon