5 tangkai cili padi ( ikut suka, siapa suka pedas boleh tambah lagi cili )
2 biji bawang merah
2 biji telur
1/4 ikat kacang panjang
segenggam ikan bilis
garam/ajinomoto
Cara-cara
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing. Ketepikan. Kemudian goreng telur dan buat macam scrambled egg, ketepikan.
Gunakan minyak yang sama ( tambah minyak kalau kurang ) dan goreng
bawang merah, bawang besar yang sudah dikisar bersama cili padi. Goreng
hingga garing ( ini paling penting mak kata )
Kemudian masukkan kacang panjang yang dipotong pendek dan gaulkan rata hingga kacang masak.
Tambahkan nasi putih dan gaul. Kemudian masukkan ikan bilis dan telur, tambahkan garam dan ajinomoto.
Rasa dulu, dan tambah mana yang kurang. Kalau nak ganti dengan sayur kangkung pun boleh.
6-7 ketul ayam (jangan dipotong kecil) Rempah 4 beradik Pes halia dan bawang putih (rujuk gambar) Bawang merah Bawang putih Daun kari Rempah kari ayam Ubi kentang Sedikit garam 3-4 tangkai cili padi (jika suka) Tomato (jika suka)
2. Pes halia dan bawang putih yang ditumbuk.
3. Mulakan dengan menumis bawang putih, bawang merah yang dihiris bersama daun kari, rempah 4 beradik.
4. Kemudian masukkan ayam, biar seketika hingga ia separuh masak. Ayam akan lembut di dalam, garing di luar. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih tadi.
5. Masukkan rempah ayam.
6. Kemudian tuang sedikit saja air.
7. Gaul ayam dan kari tadi kemudian biarkan sekejap sampai pecah minyak.Inilah bahagian paling penting, jangan sampai hangus.
8. Selepas kari pecah minyak baru boleh masukkan air. Jangan banyak sangat nanti cari.
9. Waktu ini juga boleh masukkan ubi kentang atau tomato jika mahu.
10. Akhiri dengan memasukkan garam.
11. Kari yang dah siap.
Mengikut ahli grup MAHN yang mencuba resipi ini semuanya memuji keenakkannya. Ha apa lagi hujung minggu ni kita buat.