Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Thursday, 21 June 2018

Real Cooking With Anis Nabilah - Episode 3 (Chicken Curry)



Resipi Kari Tanpa Santan

1. Bahan-bahan
 6-7 ketul ayam (jangan dipotong kecil)
Rempah 4 beradik
Pes halia dan bawang putih (rujuk gambar)
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Rempah kari ayam
Ubi kentang
Sedikit garam
3-4 tangkai cili padi (jika suka)
Tomato (jika suka)

2. Pes halia dan bawang putih yang ditumbuk.

3. Mulakan dengan menumis bawang putih, bawang merah yang dihiris bersama daun kari, rempah 4 beradik.

4. Kemudian masukkan ayam, biar seketika hingga ia separuh masak. Ayam akan lembut di dalam, garing di luar. Kemudian masukkan pes halia dan bawang putih tadi.

5. Masukkan rempah ayam.

6. Kemudian tuang sedikit saja air.

7. Gaul ayam dan kari tadi kemudian biarkan sekejap sampai pecah minyak.Inilah bahagian paling penting, jangan sampai hangus.

8. Selepas kari pecah minyak baru boleh masukkan air. Jangan banyak sangat nanti cari.

9. Waktu ini juga boleh masukkan ubi kentang atau tomato jika mahu.

10. Akhiri dengan memasukkan garam.

11. Kari yang dah siap.

Mengikut ahli grup MAHN yang mencuba resipi ini semuanya memuji keenakkannya. Ha apa lagi hujung minggu ni kita buat.



Sumber : Facebook Laily Kartini

Tuesday, 3 October 2017

Tajur Baung Tunggal - Majalah 3





Ikan Baung atau nama saintifiknya Mystus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.


Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah
dan ukurannya mampu mencapai 20 kg. Umpan yang digunakan untuk memancing
ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang)
yang berwarna hijau terang, satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10
ekor induk semut tersebut, atau mengunakan cacing tanah yang besar atau
usus ayam. Menurut penduduk setempat ikan baung sekitar 60-an ke bawah
memancing ikan ini dengan sabun.


Ikan baung biasanya dielakkan sekiranya berlaku kecelakaan di sungai
karena pernah dijumpai jari manusia di dalam perut ikan baung. Tapi
rasa ikan baung ini tidak ada bandingnya apalagi selepas dibakar atau
dipesmol (acar kuning).https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Baung

Masak Tempoyak Ikan Patin Resepi Asli Temerloh

 

1 ekor patin saiz sederhana
2 senduk tempoyak
4 cawan air - agak agak pekat kuah disukai
1 biji cili merah - opsyenal untuk bagi kuah merah jer
Segenggam cili padi merah - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam



Cara cara:
Tumbuk
cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur
pulak. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.


 Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak

 Setelah menggelegak, masukkan daun kesum. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api.http://www.aziekitchen.com/2014/01/masak-tempoyak-ikan-patin-resepi-asli.html