Friday, 16 November 2018

Majalah 3 (2013) | Episod 44 (S3)-Cangkerang Hokkaido,scallop,kekapis,ikan salmon bertelur,




Filet Ikan Salmon Dengan Sos Lemon Dan Mentega

 

Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan untuk sos lemon dan mentega
  • 1sudu makan mentega (butter)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 150ml susu segar
  • 1/2 biji lemon (diperah jusnya dan diketepikan)
  • Sedikit garam
  • Bahan untuk filet ikan salmon
  • 1 keping filet ikan salmon (kira-kira 200 gram), boleh juga digantikan dengan stik ikan salmon dengan berat yang sama
  • 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • Sedikit mentega (butter)
  • Bahan untuk pelengkap hidangan
  • 1/2 biji tomato (dipotong 3-4)
  • Sedikit brokoli, di stim
  • Sedikit potato wedges, digoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Untuk penyediaan sos:
  2. Panaskan 'sauce pan'/kuali
  3. Cairkan mentega
  4. Masukkan tepung jagung, kacau sentiasa hingga sebati
  5. Masukkan susu, kacau sentiasa hingga mendidih, padamkan api
  6. Tambahkan jus lemon yang diperah tadi dan garam, sedikit demi sedikit hingga cukup rasa mengikut keinginan anda. Pastikan dikacau sebati.
  7. Sos seharusnya berasa sedikit masam seperti lemon. Ketepikan setelah siap.
  8. Untuk penyediaan ikan salmon:
  9. Cuci filet ikan salmon dengan bersih dan keringkan menggunakan tisu dapur
  10. Sapukan permukaan filet ikan salmon dengan sedikit lada hitam dan garam.
  11. Panaskan pan, cairkan sedikit mentega.
  12. Masukkan filet ikan salmon. Panggang selama antara 3-4 minit setiap permukaan bergantung kepada ketebalan filet. Jangan diterbalikkan terlampau kerap takut salmon hancur.
  13. Hidangkan panas-panas bersama sos dan pelengkap hidangan.


Kekapis atau juga dikenali sebagai kapis, ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racun, bakteria, dan virus
cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses
penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis
ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut.


Terdapat juga jenis kekapis yang warna cangkerangnya terang dijadikan untuk gubahan seni.



Kapis merupakan siput bercengkerang lebar yang mudah diperoleh di kawasan pantai di Malaysia dan dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan.



Terdapat juga sungai yang dinamakan sungai Kapis di Negeri Sembilan.





Kekapis Goreng Sama Sayuran

Bahan-bahan:

400 gram isi kekapis - bersihkan

300 gram kacang koro - buang urat tepi dan potong serong

4 kuntum cendawan tiram - siat-siat

4 kuntum cendawan shiitake - rendam hingga kembang - belah 4

7 biji cili padi - buang tangkai

2 ulas bawang putih - ketuk 

1 labu bawang besar - mayang kasar

1 sudu sos tiram

1 sudu teh serbuk pati ayam

4 sudu makan minyak zaitun

 Cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, dan bawang besar.

2. Masukkan cendawan shiitake dan kacau seketika.

3.
Masukkan kekapis, diikuti dengan kacang koro. Tutup masakan selama 1
minit untuk menghasilkan warna kacang koro yang cantik! Kemudian gaul
sebati dan apabila kekapis berubah warna sepenuhnya, masukkan cendawan
tiram bersama cili padi.


4. Perasakan dengan sos tiram & serbuk pati ayam. Kacau sekali dua dan matikan api dapur.


Kekapis Goreng Sama Sayuran


EmoticonEmoticon

Blog Archive