-
Jelawat Masak Cuka Bertaucu
Bahan-bahan :
1 ekor ikan jelawat saiz sederhana dipotong – digaul garam kunyit dan digoreng garing
2 Sudu Besar Taucu – letak dalam penapis halus dan lalukan dibawah air 2-3 kali
1 inci halia – Dipotong nipis
2 ulas bawang merah – Dipotong nipis
2 ulas bawang putih - Dipotong nipis
1 cawan air - ikut nak kuah banyak mana
3-4 sudu besar cuka makan
1 biji bawang besar kuning – dibelah belah
1 biji timun - dipotong panjang - tak letak sebab tak ada timun
1/2 sudu kecil biji sawi
2 biji cili merah dipotong
3 sudu besar minyak – Saya pakai sedikit sahaja minyak, kalau nak lebih pun boleh
2 pokok daun bawang - dipotong
Beberapa biji tomato ceri jika suka
Beberapa biji tomato ceri jika suka
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia
serta biji sawi sehingga wangi. Masukkan air dan taucu dan dan masak
seketika.
Masukkan cuka, garam dan gula. Masukkan juga bawang besar, timun. Biar sehingga mendidih
Ikan Jelawat
Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. di Provinsi Riau penamaan ini disebut ikan lomak. Nama sainsnya adalah Lepktobarbus hoevenii. [1]
Boleh membesar sehingga 160 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar.
Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Ikan jelawat memiliki bentuk tubuh agak bulat dan memanjang, dan merupakan ciri bagi ikan yang termasuk perenang cepat. Kepala bagian sebelah atas agak mendatar, mulut berukuran sedang, garis literal tidak terputus, bagian punggung berwarna perak kehijauan dan bagian perut putih keperakan. Pada sirip dada dan perut terdapat warna merah, gurat sisi melengkung agak kebawah dan berakhir pada bagian ekor bawah yang berwarna kemerah‐merahan, serta mempunyai 2 pasang sungut. Panjang maksimum (SL) ikan ini dapat mencapai 100 cm dengan berat 10 kg.
Ikan jelawat banyak ditemui di sungai dan daerah genangan kawasan tengah hingga hilir. Bahkan di bagian muara sungai. Habitat yang disukainya adalah anak-anak sungai yang berlubuk dan berhutan dibagian pinggirnya. Anak jelawat banyak di jumpai di daerah genangan dari Daerah Aliran Sungai (DAS). Disaat air menyusut, anakan dari ikan jelawat secara bergerombol beruaya ke arah bagian hulu sungai. Ikan jelawat dapat hidup pada pH 5-7, oksigen terlarut 5-7 ppm, dan suhu 25-37o C serta diperairan yang kurang subur hingga sedang (Departemen Pertanian, 1992).
EmoticonEmoticon