Thursday, 7 June 2018

Thosai | Try Masak | iCookAsia



Bahan-bahan untuk membuat tosei adalah:
1) 1 cwn beras (direndam 8 jam)
2) 1 cawan aluthu (direndam 8 jam)
3) 1 cawan nasi
4) 1 cwn air
5) garam & gula secukup rasa
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Chutney Kelapa atau Sambal kelapa adalah:
1) 1 cawan kelapa parut putih
2) 1 sudu besar air asam jawa
3) garam secukup rasa
4) 3 batang cili hijau
5) 3batang cili padi
6) 2 tangkai daun kari
7) 1 inci halia
8) 1 ulas bwg putih
 9) 3 ulas bawang merah
Bahan tumisan pula adalah seperti berikut :
1) 1 tangkai daun kari
2) 3 tangkai cili kering
3) 1sudu kecil biji sawi
4) 1 sudu kecil uluthuparpu
5)3 sudu besar minyak masak untuk menulis
Untuk menyediakan Chutney Kelapa atau Sambal kelapa.
Mula-mula panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan  biji sawi, daun kari, uluthu parpu dan cili kering.tumis sehingga naik bau. Ketepikan sebentar.
Kemudian, masukkan cili hijau, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, air asam jawa, kelapa parut putih dan sedikit garam ke dalam mesin pengisar.Kisar sehingga halus.
Selepas itu campurkan dengan bahan tumisan tadi. Ketepikan dahulu.
Bahan-bahan untuk membuat Mint Yogurt pula:
1) 5 tangkai cili padi
2) 1 sudu kecil biji sawi
3) sedikit air perahan limau nipis
4) garam & gula secukupnya
5) 1 cawan yogurt
6) segengam daun pudina
7) 3 tangkai daun ketumbar
Untuk menyediakan  mint yogurt, masukkan daun pudina, daun ketumbar, yogurt, biji sawi, cili padi, air perahan limau nipis, garam dan gula ke dalam mesin pengisar.
Kisar sehingga halus dan ketepikan dahulu.
Untuk menyediakan tosei, mula-mula kisar beras di dalam mesin pengisar sehingga halus.
Kemudian masukkan aluthu, beras yang telah dikisar, nasi, garam dan gula bersama sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur dan perap selama 8 jam.
Setelah itu, panaskan kuali, letakkan sedikit adunan dan ratakan hingga menjadi nipis.Tunggu hingga masak & garing kemudian lipat dua dan boleh diangkat.
Tosei sedia dinikmati bersama chutney kelapa dan mint yogurt. Selamat mencuba!http://www.icookasia.com/thosai/


EmoticonEmoticon