Friday, 29 September 2017

JJCM 2017: Labuan Part 1 [FULL]



 Jalan-jalan cari makan 2017
sumber: tv3
 Bihun Sup Ikan Kerapu Chinese Style

500gm ikan kerapu - potong keping2 dan gaul dengan tepung, garam serta kunyit. Goreng hingga kekuningan.
3 sudu tepung gandum
serbuk kunyit
Garam
Bihun kasar - celur untuk melembutkannya
Bawang Goreng


Rempah 4 sekawan
Bawang Merah - hiris
Bawang Putih - hiris
Daun Bawang - potong panjang2
Halia - hiris
Garam
Air secukupnya

1 biji Tomato - potong kiub
1 batang English Celery - potong kecil
1 batang bawang (Leek) - potong kecil
Daun Sup
Daun Bawang
* Tumiskan bawang, halia dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau atau kekuningan.  Masukkan air dan daun bawang. masukkan sayur-sayuran dan perasakan.  Bila dah masak tutupkan api, masukkan bihun dan ikan yang telah digoreng.  Hidang dan hias dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.https://nasamulia.blogspot.my/2012/11/bihun-sup-ikan-kerapu-chinese-style.html

 Resepi Soto Makasar Sandakan
Bahan2:

    1kg Daging
    1kg Perut Lembu
    1 kg Hati paru lembu
    1kg kacang tanah (Goreng tanpa minyak, blend)
    Rempah Sup ( Kena fikir sendiri berapa banyak yg bersesuaian )
    Air
    Bawang Putih, BAwang Besar & Bawang Merah
    Susu Cair / Santan
    Kicap Pekat
    Cili api ( Untuk sambal goreng dimakan dengan coto)
    Minyak masak ( Untuk goreng cili api )
    Bihun/ Nasi himpit
    Garam & Serbuk perisa
    Gula
    Limau Kasturi
    Bawang Goreng
    Daun Sup
    Halia, Lengkuas & Serai (Diblend)
    Buah Keras diblend

Cara2:

    Daging/Perut/Hati paru – Dipotong2, Dibasuh dengan bersih, kemudian Direbus 2 kali. Rebusan pertama dibuang airnya. Kemudian rebusan kedua dijadikan kuah coto. Masukkan rempah, bawang2 yang telah ditumbuk lumat,bahan2 yang telah diblend dan kacang tanah yang telah diblend. Masak hingga hempuk/ lembut. Masukkan air untuk tambahan kuah coto kemudian masukkan susu cair/garam/penambah perisa gula & kicap pekat. Tunggu hingga mendidih dan matikan api.
    Rebus beras nasi himpit hingga masak. Sejukkan dan potong kiub.
    Celur bihun dan toskan.
    Goreng bawang yang telah ditumbuk lumat dan masukkan cili api yang telah ditumbuk lumat, masukkan garam/ serbuk perisa & gula.
    Hidangkan dalam mangkuk dengan ditabur dengan bawang goreng & daun suphttps://jymab.wordpress.com/2011/04/14/resepi-soto-makasar-sandakan/


EmoticonEmoticon