..
Resepi: Sambal Tumis Belangkas
Bahan-bahan
1 ekor belangkas (siang dan basuh bersih)
2 Ulas bawang besar*
4 Ulas bawang putih*
1 1/2 inci kunyit*
1 1/2 inci halia*
20 tangkai lada kering yg dibelah dan direndam air panas*
1 inci belacan* Bahan * dikisar halus
2/3 cawan air asam jawa
1 ulas bawang besar dihiris kasar
2 cawan air
1 cawan minyak masak
garam, gula, serbuk perasa(jika mahu) secukup rasa
Cara-cara:
1) Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng bawang besar yg dihiris kasar sehingga wangi.
2) Angkat bawang tadi dan toskan dari minyak.
3) Tumis pula bahan kisar menggunakan minyak yang sama menggoreng bawang tadi.
4) Apabila bahan tumisan pecah minyak atau garing, masukkan air.Kacau rata.
5) Masukkan garam, gula dan bahan perasa (jika mahu) secukupnya. Kacau sebati.
6) Masukkan pula belangkas yang siap disiang dan dibersihkan. Gaul rata.Biar mendidih.
7) Letakkan air asam jawa.Kacau rata, perlahankan api.Tutup kuali dengan penutup.
8) Biar 5-7 minit sehingga belangkas masak. Taburkan bawang yang sudah digoreng tadi dan kaup baliksebentar. Matikan api, sedia dihidang.
http://abahmila.blogspot.my/2010/12/resepi-sambal-tumis-belangkas.html
cara menyiang belangkas:https://www.youtube.com/watch?v=dlKGfLbR1cA
Tuesday, 11 April 2017
Lubuk BELANGKAS Tanjung Puteri
✔
Unknown
Diterbitkan 17:40
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon