Showing posts with label Resepi Gulai Ikan Sembilang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Gulai Ikan Sembilang. Show all posts

Friday, 7 September 2018

Nasi Ayam Istimewa


Nasi Ayam Istimewa Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan Ayam
1 ekor ayam - pilih saiz besar
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
3 sudu besar madu
2 - 3 sudu besar sos tiram Maggi atau secukupnya
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah - opsyenal

Cara cara:
Masak air yang banyak hingga mendidih. Setelah mendidih, baru dimasukkan ayam. Tutup periuk dan masak hingga ayam masak dengan menggunakan api yang besar.

Air rebusan ayam ini akan digunakan untuk membuat sup ayam. Cuma perlu tambahkan daun sup, lada sulah dan bawang goreng. Sesuaikan rasa. Saya suka sup yang simple macam ni jer.

Angkat ayam dan tos. Perap dengan bahan bahan perap selama 15 - 30 minit.

Gantungkan atau tos ayam selama 1 jam sehingga benar benar kering. Boleh dipanggang atau digoreng di dalam kuali.

Panaskan minyak yang banyak dan pastikan ianya telah betul betul panas. Masukkan ayam. Goreng dengan api sederhana sehingga ayam masak.

Jangan digoreng terlalu banyak dalam satu masa bagi memastikan ayam masak sekata. Goreng dalam 5-7 minit sahaja. Angkat dan toskan.

Bahan Nasi
3-4 pot beras
1 sudu kecil serbuk kunyit
Rempah penumis - 3 sekawan
1 kiub pati ayam Maggi
1-2 helai daun pandan
Lemak ayam secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara cara:
Rendam beras dengan sedikit serbuk kunyit dalam 15 minit dan tos kan.

Masukkan lemak lemak ayam ke dalam kuali. Panaskan dan biarkan sehingga minyak ayam keluar. Buang bahagian lemak yang telah kering tadi.

Panaskan minyak ayam dengan sedikit minyak. Tumis rempah tiga sekawan dan bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun pandan. Setelah itu, masukkan beras dan digoreng seketika supaya ianya cantik berderai.

Kemudian masukkan air secukupnya. Biasanya sukatan air sama dengan sukatan beras yang digunakan. Masukkan kiub pati ayam dan pindahkan ke dalam rice cooker dan masak lah seperti biasa.

Sambal Cili

Bahan bahan:
5 tangkai cili yang saiz panjang - kalau saiz biasa guna 10
1-2 biji buah tomato - bergantung kepada saiz
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar gula pasir

Hiris bawang dan tomato, kemudian dikisar hancur. Tapi jangan terlalu hancur pula. Tak perlu masukkan air kerana tomato akan menghasilkan air. Hanya menggunakan blender secara pulse sahaja.

Panaskan bahan kisar atas dapur dengan api perlahan sehingga hampir mendidih. Nota: Biasanya saya tidak masak, hanya satukan semua bahan dan siap.

Masukkan cuka, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat.

Bahan bahan lain:
Salad
Timun
Buah tomato

Bolehlah dihidangkan nasi ayam dengan sayur sayuran untuk menjadikan makanan kita lebih seimbang dari segi khasiatnya.



.

Monday, 22 January 2018

NAIM GULAI SEMBILANG



Naim Gulai Sembilang is a semi-documentary put together by a team of
Malaysian print and television journalists.

Saltwater catfish is known as Ikan Sembilang in Malaysia, Brunei and
Indonesia. It is deemed superior in texture and fame than the freshwater
variety known as Ikan Keli.

The semi-documentary tracks fishermen in a northern Malaysian enclave,
returning with hefty catches when Sembilang tends to be elusive.

They swiftly get down to business as wholesalers whisper their bids.

Next stop is a nearby wet market as the owner of a famous restaurant
specialising in Sembilang dishes haggle prices with retailers.

Her outlet in Tanjung Dawai, 15 minutes away, draws customers from
various parts of Malaysia. Boiling-hot Sembilang curry serves in
claypots is the biggest attraction.

The Sembilang business has lately generated an end-product in the form
of paste, enabling Malaysians longing for Gulai Sembilang to prepare the
dish at home in a flash.
 Resepi Gulai Ikan Sembilang

 Bahan
- 1 ekor ikan sembilang-cuci bersih dan di kerat empat.
- 5 ulas bawang putih*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 hiris halia*
- 1 peket kecil rempah kari ikan
- 1 mangkuk kecil air asam jawa (asam jawa sebesar ibu jari bancuh dgn air)
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 3 tangkai daun kesum(mak saya kata kalau ada..bubuh je)
- 2 tangkai daun kari
- 5 batang bendi
- 2 biji cili hijau belah dus
- 2 biji tomato belah empat
- 1 biji terung belah empat
- garam secukup rasa

Bahan tumis
- 3 ulas bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu teh halba campur
- minyak untuk menumis

Cara


  1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
  2. Satukan bahan tumbuk,rempah kari, serbuk cili dan air asam jawa. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  4. Tambahkan pes kari (dari step 2). Goreng hingga pecah minyak. Kena selalu dikacau supaya tak hangit kat bahagian dasar periuk.
  5. Kemudian,masukkan ikan. Masak sekejap(lebih kurang 1 minit) sebelum dimasukkan santan.
  6. Apabila kuah sudah mendidih dan pecah minyak, masukkan daun kesum, bendi,cili hijau, terung dan tomato.Perisakan dgn garam. Jika kuah terlalu pekat,tambah sedikit air.
  7. Tutup api apabila bendi dan terung menjadi lembut.
  8. Sedia untuk dihidangkan.
  9.  http://aimzfi.blogspot.my/2015/03/gulai-ikan-sembilang.html