Showing posts with label MAN UDANG. Show all posts
Showing posts with label MAN UDANG. Show all posts

Thursday, 11 October 2018

Majalah 3 (2016) | Episod 3 - Udang Kara,Sos Udang KARA,pets shop,Iguana,donut 10sen





Udang Kara Masak Lemak



Udang Kara Masak Lemak

Udang Kara Masak Lemak

 Bahan-bahan;

 5 ekor udang kara saiz sederhana – potong dua 

2 labu bawang besar    

1 sm kunyit hidup       }kisar

5 biji cili padi              }
2 batang serai – dititik
2 helai daun kunyit
Sedikit air
Santan – daripada sebiji kelapa
Sedikit perasa
kacang panjang – potong jejari


Cara-cara membuat:
  • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan bahan kisar dan serai.
  • Biarkan ia mendidih dalam api yang sederhana dan masukkan udang kara dan daun kunyit.
  • Apabila udang kara sudah separuh masak, masukkan santan dan masak lagi dalam 10minit.
  • Kemudian masukkan kacang panjang dan perasa. Biarkan selama 5 minit dan tutup api.

Friday, 23 February 2018

MAN UDANG & sajian Udang Galah Teluk Intan





Ada orang cakap mee udang ni berasal dari Kedah, ada juga yang cakap
berasal dari Pulau Pinang, tak kira lah berasal dari mana pun, bagi
penggemar mee udang harus mencuba Mee Udang Tepian Sungai Teluk Intan
milik Syed Azman atau lebih mesra dengan panggilan Man Udang.

Man Udang mula menempa nama sebagai orang tengah atau peraih udang galah
di Teluk Intan, Perak. Dia mendapat bekalan secara berterusan dari
pemancing udang galah perseorangan yang menimba rezeki di sepanjang
Sungai Perak yang merentasi bandar ini.

Setelah sekian lama menjadi peraih, Pegawai Daerah waktu itu, Tuan Ahmad
Zainudin bin Yeop Shamsudin telah mengutarakan kepada Man Udang supaya
mengalihkan fokus daripada membekalkan bahan mentah sahaja, kepada
membuka restoran dengan menjadikan sajian udang galah sebagai signature
dish Teluk Intan.

Man Udang menerima cabaran itu dan akhirnya terdirilah restoran D’Tepian
Sungai ini.

Keistimewaan restoran Man Udang bukan hanya terletak pada resepinya yang
simple, tetapi pada udang galah yang fresh terus dari sungai, original
dan bukan diimport atau dipelihara.

Malah lokasinya pula berada di pinggir Sungai Perak di Teluk Intan,
memudahkan bekalan dihantar terus ke dapur restorannya.

Restoran milik Man Udang ini mendapat perhatian ramai sehingga saban
minggu menerima pengunjung dari seluruh pelusuk negeri, dari Perlis
hingga ke Sabah. Malah kami berjaya memaparkan kehadiran pelanggan dari
Melaka, Seremban, Rawang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang hanya pada
waktu sehari penggambaran kami di sana.

Di sini, di samping menikmati hidangan yang lazat, pengunjung dapat
melihat pemandangan senja 'sunset' yang sangat cantik dari pesisiran
sungai dengan kehadiran kumpulan burung bangau kembali ke sarangnya.

Dan hari ini, hasil dari usahanya, Man Undang menjadi antara peribadi
yang telah berjaya menaikkan taraf Teluk Intan sebagai Bandar Udang
Galah.

Untuk memudahkan pencarian lokasi restoran ini, anda boleh melayari
google map dengan menaip tepian sungai udang galah.

Untuk tempahan sila Man Udang di talian 010-5307713 atau Azizah
013-299099.